PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom mulai Isnin (13 Mac) hingga Rabu (15 Mac).
Acara itu adalah Sambutan Hari Komanwel, Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri-menteri Komanwel (CMAG) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Komanwel (CFAMM).
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan Hari Komanwel yang bertemakan "Forging a Sustainable and Peaceful Common Future" akan dihoskan oleh Raja Britain Raja Charles III buat kali pertama sebagai Ketua Komanwel, manakala majlis santapan diadakan di Istana Buckingham.
"Ia adalah acara tahunan yang meraikan nilai dan matlamat bersama Komanwel," menurut kenyataan itu.
Malaysia menjadi ahli CMAG pada 2018, seterusnya mengukuhkan lagi statusnya sebagai anggota terkemuka Komanwel.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Malaysia telah menjadi ahli Komanwel sejak 66 tahun lalu dan selaku tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-11 pada 1989 serta mendapat penghormatan sebagai negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.
"Penyertaan aktif Malaysia dalam acara-acara ini mencerminkan komitmen negara dalam memajukan matlamat bersama Komanwel, khususnya mempromosikan demokrasi, menegakkan hak asasi manusia dan memupuk pembangunan dalam kalangan negara anggota," menurut Wisma Putra.
Kenyataan itu turut menggariskan bahawa tahun 2023 adalah penting bagi Komanwel kerana ia melibatkan sambutan Tahun Keamanan Komanwel dan Tahun Belia Komanwel, bersama-sama dengan ulang tahun kesepuluh penandatanganan Piagam Komanwel yang bersejarah.
Malaysia juga menyertai 55 negara anggota Komanwel yang lain memperingati Hari Komanwel pada Isnin, menantikan acara dan mesyuarat yang dirancang untuk 2023 dan pelaksanaan CHOGM 2022 secara berterusan dalam memupuk keamanan dan memastikan pembangunan mampan untuk seluruh anggota Komanwel.
"Menteri Luar (Zambry) juga akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, serta membincangka isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Zambry akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, serta membincangka isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry
Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.

Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry
Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia antara yang dibincangkan Menteri Zambry bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership.

Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.

Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.

KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.

KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.

Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Allahyarham Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM.

KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035
KPT bercadang untuk tidak menggunakan khidmat perunding luar, sebaliknya menggunakan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami keperluan negara.

Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.