ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf dipilih sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu berkuat kuasa 1 Feb lepas bagi menggantikan Datuk Johari Abdul yang mengosongkan kerusi DUN Gurun Disember lepas.
Pelantikan wakil rakyat daripada PKR itu diumum Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat sebelum sesi pertanyaan lisan pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Ketika mengumumkan perkara itu, Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
Pada 18 Dis lepas, Johari mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Gurun berkuat kuasa serta-merta dan memberitahu telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah dan surat itu sah diterima bertarikh 13 Dis 2022.
Dalam pada itu, Juhari juga mengumumkan bahawa bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah yang juga ADUN Alor Mengkudu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini dipecat partinya kini menjadi ADUN Pakatan Harapan (PH) iaitu ahli PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Datuk Zamri Yusuf, ADUN Suka Menanti. - Foto Sinar Harian

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10,000 pengunjung dijangka hadir Himpunan Madani Kedah Jumaat ini
Himpunan melibatkan sesi pidato wakil masyarakat yang akan turut memberikan pandangan mengenai konsep Malaysia Madani.

Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.

Mukhriz adakan satu lagi pertemuan dengan Exco, ADUN
Katanya, Mukhriz turut akan mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebaik sahaja selesai pertemuan terbabit.

Kerajaan Kedah rangka pelan kontingensi hadapi kemungkinan kemarau berlanjutan - Exco
Datuk Zamri Yusuf berkata persiapan awal perlu dirangka bagi memastikan bekalan air untuk sektor pertanian dapat diteruskan walaupun sumber air semakin terhad.