KUALA SELANGOR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menjadikan program Ziarah Kasih sebagai program tetap di bawah KKD bagi mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan, di samping meneliti masalah Internet yang dihadapi mereka.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata program itu akan turut melibatkan pihak-pihak berkaitan sekali gus menjadikan bantuan yang disalurkan lebih menyeluruh.
"Kita lihat memang wajar program di bawah kementerian ini diteruskan sambil selesaikan isu Internet, isu kebajikan juga kita beri sedikit perhatian.
"Bila saya sendiri lihat keadaan, memang ada beberapa perkara yang perlu dipercepatkan. Insya-Allah, lepas ini di tempat lain pula," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di dua buah rumah di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya dekat sini yang turut disertai calon PH-BN Dun Ijok Amidi Abdul Manan.
Katanya, program serupa akan diadakan di Sabah dan Sarawak, masing-masing pada 25 Ogos serta 2 September ini.
"Sekitar tempoh itu kita akan ambil kesempatan untuk ziarah wartawan (pengamal media) atau orang awam yang menghadapi isu kesihatan atau kebajikan, sambil teliti masalah Internet yang mereka hadapi," katanya.
Sementara itu, warga emas Sawiah Adam, 72, menyifatkan kehadiran Fahmi di kediamannya membuktikan menteri itu seorang yang berjiwa rakyat serta prihatin dengan nasib masyarakat.
Sawiah berkata bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.
"Makcik ada (menghidap) pelbagai jenis penyakit antaranya gout, buah pinggang dan jantung menyebabkan pergerakan juga terjejas. Dengan adanya kerusi roda baharu ini akan mempermudahkan pergerakan makcik," katanya.
Selain itu, mengulas mengenai kelajuan Internet di kampung tersebut, Fahmi berkata beliau telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyelesaikan masalah berkenaan dengan kadar segera.
"Saya difahamkan penduduk kampung telah lapor (masalah Internet) sejak 2020 pada MCMC, saya tidak faham mengapa ada kelewatan dan masalah Internet berlarutan.
"Kita tengok di sini satu bar (kelajuan internet) sahaja, memang ada masalah yang kronik, saya cuba selesaikan. Namun bergantung kepada isu, jika melibatkan pembinaan menara ia akan mengambil masa, kita akan semak menara sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika sidang media pada Program Ziarah Kasih di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Rakyat Malaysia masuk ke Thailand kerana tarikan makanan
Pelancong dari Malaysia yang ditemui melawat lokasi pelancongan di Thailand akui masuk ke Hatyai, Songkhla dan Pattani disebabkan tarikan makananya yang enak dan harga penginapan yang berpatutan.
Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.
Thailand sedia kongsi pengalaman kepakaran memasak
Ketua Pelancongan dan Sukan Pattani, Narong Sangprasit berkata, Thailand sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran memasak supaya Malaysia mampu menyediakan makanan yang lazat sebagaimana pengusaha makanan di negara itu.
Siri Pertama: Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 Negeri Sembilan
Di Malaysia, pelbagai komuniti muslim menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan cara yang unik, bermula cita rasa makanan tempatan, muzik tradisional sehinggalah adat resam yang diwarisi turun menurun sejak dahulu.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
"Tidak lama lagi" - Ferdy Druijf beri bayangan sertai Harimau Malaya?
Penyerang Rapid Vienna itu digembar-gemburkan antara calon pemain berdarah warisan negara untuk memperkuatkan Harimau Malaya.
AWANI Ringkas: Banjir di Sarawak makin buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri madu kelulut berpotensi tinggi dikembangkan - Dr Zaliha
Berdasarkan data Jabatan Pertanian, pengeluaran madu kelulut di Malaysia mencecah hampir 146kg dengan nilai melebihi RM21 juta.
41 mayat ditemukan selepas perlanggaran udara dekat ibu negara AS - Ketua bomba
Pihak berkuasa menjangkakan dapat menemukan semua mayat insiden perlanggaran udara maut berhampiran Washington DC.
'Ziarah Kasih' dijadikan program tetap, dekati rakyat, teliti masalah internet - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digitalakan menjadikan program Ziarah Kasih sebagai program tetap di bawah KKD bagi mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan,
SPRM pelindung dan benteng terakhir masyarakat - Pairin
Masyarakat harus memberi sokongan padu kepada usaha SPRM memerangi gejala tidak bermoral itu serta bersedia menjadi mata dan telinga agensi itu dalam melaporkan kegiatan jenayah rasuah.