KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mendedahkan bahawa beliau memang sudah menyimpan hasrat untuk menjadi pemain profesional sejak setahun lepas.
Pemain berusia 23 tahun kelahiran Alor Setar itu berkata, hasrat itu tercetus sejak aksi tidak konsistennya pada tiga kejohanan di Thailand, bermula dengan Terbuka Thailand Yonex diikuti Terbuka Thailand Toyota dan Jelajah Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kesemuanya di Bangkok pada Januari 2021.
"Saya bertanya adakah ini pengakhiran? Tetapi para jurulatih berkata ini adalah proses yang saya perlu lalui. Tetapi saya membuat keputusan muktamad untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas jelajah Eropah hujung tahun lepas," katanya ketika temu bual bersama sebuah stesen televisyen berbayar, Astro Arena hari ini.
Zii Jia, pemain ranking ketujuh dunia, mengakui beliau memberikan alasan tekanan dan gaya hidup dengan disiplin yang ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebagai alasan untuk membuat keputusan itu kepada BAM.
Zii Jia turut mengesahkan beliau bakal menubuhkan pasukannya sendiri yang berpangkalan di Malaysia dan bergerak sebagai pemain profesional, selain berjanji memberikan komitmen untuk mewakili negara di kejohanan penting seperti Piala Thomas, Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik Paris 2024.
"Ketika menghantar surat letak jawatan, saya dah bersedia dengan senario terburuk, untuk tidak dibenarkan beraksi untuk dua tahun. Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menukar kerakyatan atau pergi luar negara," katanya.
Jumaat lepas, BAM mengumumkan bahawa badan induk itu tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan bagi tempoh dua tahun bermula 18 Jan, selepas juara Sukan SEA 2019 itu menghantar surat untuk keluar daripada BAM pada 11 Jan.
Namun, semalam Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah memberikan lampu hijau kepada Zii Jia untuk beraksi sebagai pemain profesional, selepas menerima rayuan dan mengadakan perbincangan dengan pemain tinggi lampai itu. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Hasrat Lee Zii Jia untuk menjadi pemain profesional tercetus sejak aksi tidak konsistennya pada tiga kejohanan di Thailand.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia