BANGKOK: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia, yang muncul juara edisi 2022 terpaksa bertarung selama 50 minit sebelum mengatasi wakil China, Lei Lan Xi 21-17, 23-1 manakala Jun Hao terpaksa bermandi peluh untuk menyingkirkan pemain Taiwan Su Li Yang 14-21, 21-15, 21-17 dalam masa 66 minit.
Zii Jia, bekas juara All England itu berdepan dengan pemain Korea Selatan Jeon Hyeok Jin manakala Jun Hao akan bertemu pilihan keempat dan bekas juara dunia serta pilihan tuan rumah Kunlavut Vitidsarn bagi perebutan tempat ke suku akhir esok.
Zii Jia berkata beliau gembira dapat melangkah ke pusingan kedua dan akan bersedia menghadapi perlawanan getir esok.
"Walaupun telah menewaskan Hyeok Jin tahun lepas...saya tidak mahu mengambil mudah dan mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin,"katanya kepada Bernama selepas perlawanan itu.
Pilihan keenam kejohanan itu, Zii Jia berkata dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk kejohanan ini kerana tidak mahu tertekan kerana sasaran utamanya masih temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Junaidi Arif-Yap Roy King mara ke pusingan kedua selepas bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk mengejutkan beregu nombor 21 dunia dari Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han 16-21, 21-13, 21-16.
Junaidi berkata menukar corak permainan mulai set kedua telah meningkatkan keyakinan mereka untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pasangan ranking ke-64 itu yang muncul naib juara Masters Sepanyol pada Mac lalu akan menetang beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard yang menewaskan beregu muda negara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe 22-20, 21-12.
Turut melangkah ke pusingan kedua adalah satu lagi beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal yang menewaskan pasangan Scotland Christopher Grimley-Matthew Grimley21-16, 21-11 dalam masa 32 minit bagi menempah pertemuan dengan wakil tuan rumah Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga.
Dalam pada itu, tiga lagi beregu lelaki negara terkandas di pusingan pertama iaitu pasangan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, Nur Mohd Azryn Ayub Azryn-Tan Wee Kiong dan Boon Xin Yuan-Goh V Shem.
Dalam acara beregu campuran, Roy King-Valeree Siow mengatasi wakil Hong Kong, Lui Chun Wai-Fu Chi Yan 21-19, 21-17 dan akan bertemu bekas juara dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada pusingan seterusnya.
Cheong Hon Jian-Go Pei Kee pula mengalahkan wakil tuan rumah, Neuaduang Mangkornloi-Atitaya Povanon 21-10, 21-15 dan akan berdepan Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dari Indonesia di pusingan kedua.
Wakil tiunggal negara dalam acara perseorangan wanita, K. Letshanaa gagal melepasi pusingan pertama selepas tewas di tangan pemain ranking ke-16 dunia dari Thailand, Supanida Katethong 12-21, 10-21.
Malaysia tidak menghantar beregu wanita dalam kejohanan itu tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Zii Jia berkata beliau gembira dapat melangkah ke pusingan kedua dan akan bersedia menghadapi perlawanan getir esok. - Gambar fail/Stadium Astro
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.

Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.

Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir
Ia selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam 'straight set' oleh lawan masing-masing.

Tze Yong, Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, hari ini.

Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.

Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Terbuka Thailand: Pertembungan antara pemain Malaysia di separuh akhir, Zii Jia bakal berdepan Daren
Perseorangan Malaysia Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.