KUALA LUMPUR: Bekas juara Kejohanan Badminton All England Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2024 selepas tiga tahun dengan menyingkirkan kawannya Anders Antonsen dari Denmark, hari ini.
Masih segar daripada memenangi kejuaraan Terbuka Thailand minggu lepas, pemain ke-10 dunia Zii Jia, yang diberi sokongan padu penyokong tuan rumah, mencatat kemenangan 21-15, 19-21, 21-11 setelah bertarung selama 84 minit menentang juara Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini.
Ia hanyalah kemenangan ketiganya menentang pemain nombor empat dunia Antonsen dalam lapan pertemuan antara mereka dengan kemenangan pertama diperolehi dalam Kejohanan Malaysia Masters 2020.
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
Pencapaian terbaik Zii Jia yang berusia 26 tahun dalam Malaysia Masters adalah peringkat separuh akhir pada 2020 apabila dia tunduk kepada juara pertandingan itu Kento Momota, manakala dia mara ke suku akhir pada 2019.
Bagaimanapun, kempennya berakhir awal dalam edisi lain apabila tersingkir di pusingan pertama pada 2017 dan pusingan kedua pada 2018 dan 2023, dia tidak mengambil bahagian pada 2022, manakala pada 2021 pertandingan itu telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
Bernama
Fri May 24 2024

Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.

Malaysia Masters: Soon Huat-Shevon menyinar, mara ke suku akhir
Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir selepas mengatasi Hafiz Faizal-Serena Kani dari Indonesia 21-15, 22-20.

BAM tangguh saingan Terbuka Malaysia
BAM mengusulkan hasrat itu kepada BWF bagi menangguhkan saingan tersebut, kerana memerlukan masa untuk membuat persiapan dan penelitian daripada aspek keselamatan.

Kento Momota menang Malaysia Masters 2020
Pemain dari Jepun itu mengambil masa satu jam untuk menumpas Axelsen, yang menduduki ranking kelima dunia

V Shem-Wee Kiong tewas di final Malaysia Masters
Turun dengan harapan tinggi untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama setahun, beregu negara itu bagaimanapun ditunjukkan jalan keluar oleh beregu bukan pilihan dari Indonesia.

Malaysia Masters milik Axelsen
Jaguh dunia dari Denmark itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras selama 72 minit sebelum menang 21-13, 21-23, 21-18 ke atas Nishimoto untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$26,259 (RM102,381).

V Shem-Wee Kiong singkir juara dunia untuk ke separuh akhir
Menanti mereka di pusingan separuh akhir ialah beregu Taiwan, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin yang menewaskan rakan senegara, Liao Min Chun-Su Ching Heng, 21-19 21-19.

Lee Chong Wei masih tiada tandingan
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei jelas berada di kelas tersendiri apabila mudah merangkul gelaran kelimanya di kejohanan Malaysia Masters.

Malaysia Masters: Iskandar jumpa Chong Wei di pentas akhir
Selepas tewaskan tiga pemain pilihan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akhirnya akan diuji oleh jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei di pentas final.

Chong Wei ketuai cabaran pemain tempatan pada Malaysia Masters
Kejohanan itu akan menjadi pentas untuk Datuk Lee Chong Wei meraih mata ranking dunia BWF untuk berada dalam kelompok empat pemain teratas.