SHAH ALAM: Zip Line Shah Alam kembali dibuka kepada orang awam untuk aktiviti riadah dan rekreasi sejak 11 September lalu.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, aktiviti zip line sepanjang 240 meter di Taman Tasik Shah Alam itu beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 8.30 pagi sehingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad).
Menurutnya, pengunjung diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) am berkait sektor sukan dan rekreasi serta memastikan telah lengkap vaksinasi dan menjaga penjarakan fizikal.
"MBSA menasihatkan orang ramai menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan bertanggungjawab serta mematuhi peraturan dan SOP bagi membantu mengawal jangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Lokasi pelancongan baharu Shah Alam itu mula diperkenalkan April lalu dengan harga tiket untuk kategori warganegara (dewasa) sebanyak RM25 dan RM40 bagi pelancong luar.
Harga tiket bagi warga Shah Alam adalah RM20 dan kanak-kanak RM10.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 14 2021
Zip Line Shah Alam kembali dibuka selepas pengumuman kelonggaran SOP oleh kerajaan baru-baru ini. -Gambar fail
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Zip Line Shah Alam kembali beroperasi
Pengunjung diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) am berkait sektor sukan dan rekreasi serta memastikan telah lengkap vaksinasi dan menjaga penjarakan fizikal.