PHNOM PENH: Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk merampas emas lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis.
Muhammad Ziyad juga bangga bahawa beliau dapat mengekalkan prestasi untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan atlet normal lain pada penampilan keempat berturut-turut Sukan SEA semenjak edisi 2017 di Kuala Lumpur.
"Dapat bertanding kali keempat ketika berusia 33 tahun di Sukan SEA merupakan satu motivasi melakar nama di Sukan Paralimpik 2024.
"Saya mahu buktikan pingat yang saya patut menang dapat dibawa pulang ke Malaysia," katanya ketika ditemui selepas saingan hari ketiga olahraga Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini.
Terdahulu, beliau melakukan lontaran sejauh 17.30 meter (m) pada percubaan ketiganya untuk memperoleh gangsa manakala wakil Thailand, Jakkapat Noisri muncul pemenang dengan 17.84m dan perak pula dimiliki Thanh Binh Phan dari Vietnam (17.39m).
Rakan sepasukannya, Jonah Chang Rigan pula menduduki tempat keempat dengan catatan 16.67m.
Mengulas aksinya hari ini, Muhammad Ziyad mengakui kesilapan teknik digunakan memakan dirinya sendiri sekali gus menggagalkan misinya untuk cuba memperbaiki pencapaian dilakar pada edisi 2021.
Pada Sukan Paralimpik 2020, Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94m yang juga rekod baharu dunia pada temasya sukan berprestij di Jepun itu.
Beliau diklasifikasikan sebagai DNS susulan bantahan oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Berikutan itu, atlet Ukraine Maksym Koval diumum pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Atlet lontar peluru negara Mohd Ziyad Zulkifli bersama Jalur Gemilang selepas berjaya meraih pingat gangsa dalam acara akhir lontar peluru pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo hari ini. - Foto BERNAMA

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.