ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini bermakna kos untuk menjalankan perniagaan di zon kewangan khas itu adalah lebih berpatutan yang dibantu beberapa insentif yang disediakan kerajaan.
Menurutnya kos pengurusan lain seperti pelancongan, pendidikan dan kesihatan di zon itu juga tidak terlalu tinggi.
Anwar berkata lokasi Johor yang strategik iaitu bersebelahan Singapura serta mempunyai infrastuktur asas yang lengkap, boleh menarik lebih ramai pelabur terutamanya berikutan kos di Singapura yang dianggap tinggi pada masa ini.
"Ini sesuai dengan kerangka Ekonomi MADANI, dan sinergi yang wujud di Johor ini berbeza dengan negeri lain dan (kita) boleh mengambil kesempatan daripada pencapaian Singapura," katanya ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Justeru, Anwar berkata semua kementerian, jabatan dan kerajaan negeri harus memastikan perancangan untuk mewujudkan zon kewangan khas ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Beliau turut mengumumkan beberapa insentif di zon kewangan khas itu seperti peluasan insentif di Iskandar Malaysia ke Forest City termasuk kadar cukai pendapatan khas 15 peratus bagi pekerja mahir dan visa kemasukan berbilang.
Johor adalah negeri kedua selepas Melaka yang terlibat dalam sesi libat urus Kementerian Kewangan dengan semua kerajaan negeri untuk mengumpul input berkenaan Belanjawan 2024, yang dijadual dibentangkan pada 13 Okt ini.
Johor adalah sesi libat urus pertama peringkat negeri yang dihadiri oleh Anwar untuk Belanjawan 2024 yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Perbincangan mengenai SFZ, SEZ di Johor di peringkat akhir - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau akan berjumpa dengan PM Lee Hsien Loong pada pertengahan Januari, bagi membincangkan hal tersebut
Status SFZ Forest City mampu letak Malaysia di peta dunia dalam sektor kewangan, perbankan antarabangsa - UTM
Status zon kewangan khas (SFZ) Forest City mampu meletakkan Malaysia di peta dunia, khususnya dalam sektor kewangan dan perbankan antarabangsa.
Pulau Pinang sokong SFZ bagi wilayah utara, tunggu maklumat lanjut - Chow
Kerajaan Pulau Pinang menyokong sebarang insiatif ekonomi yang bermanfaat termasuk pembentukan zon kewangan khas (SFZ) bagi wilayah utara.
Wujudkan zon kewangan di Pulau Pinang untuk wilayah utara - Lim Guan Eng
Lim berkata Pulau Pinang kini mempunyai critical mass dengan asas industri pembuatan matang yang memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan.
Zon Kewangan Khas beri manfaat kepada Johor, Singapura
Limpahan ekonomi akan lebih pesat dalam bidang kewangan, pembuatan dan perkhidmatan, dengan Johor telah dan akan tarik lebih banyak pelaburan.
Status SFZ Forest City tingkat pelaburan asing, rangsang pertumbuhan ekonomi Iskandar Malaysia - IIB
IIB juga komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan dan negeri berhubung penubuhan Zon Ekonomi Johor-Singapura.
Zon kewangan khas diwujudkan di Forest City - PM Anwar
Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor.