Zoo Negara di sini menerima berita gembira susulan kelahiran seekor anak zirafah betina pada 18 April lalu.
Anak zirafah seberat kira-kira 50 kilogram dengan ketinggian kira-kira 1.4 meter itu dilahirkan pada waktu pagi dan turut disaksikan pengunjung yang melawat zoo ketika itu.
Pengarah Zoologi, Hospital Veterinar dan Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata anak zirafah itu adalah kelahiran keenam yang sememangnya amat dinantikan oleh pihaknya sejak tahun lepas.
"Kami menerima lima kelahiran anak zirafah sebelum ini tetapi malangnya keempat-empat ekor tidak dapat diselamatkan disebabkan ibu zirafah itu menolak untuk menyusu anaknya.
"Anak zirafah kelima tahun lepas hanya sempat hidup sehingga lima bulan sahaja dan mati akibat jangkitan kuman," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata oleh kerana sifat ibu zirafah yang agak agresif dan tidak begitu menerima kelahiran anak-anaknya, pihaknya amat menitikberatkan keadaan ibu zirafah itu sebaik sahaja mengetahui ia mulai bunting.
"Sebaik mengetahui induk betina zirafah mulai bunting melalui pemeriksaan tahun lalu, persediaan rapi terus dibuat termasuk mengasingkan induk.
"Ia penting bagi mengelakkan sebarang tekanan memandangkan tempoh bunting zirafah adalah antara 14 hingga 15 bulan," katanya.
Mengulas lanjut keadaan terkini anak zirafah itu, Dr Mat Naim berkata anak zirafah itu kerap berbaring dan sesekali berdiri dan berjalan.
"Ibu zirafah itu kelihatan boleh menerima kehadiran anaknya itu berbanding dengan kelahiran sebelumnya namun masih lagi enggan untuk menyusu anaknya.
"Kami terpaksa memberi susu kambing sebanyak 1.8 liter setiap hari kepada anak zirafah itu.
"Sebaik selesai menjalani pemeriksaan kesihatan, anak zirafah ini sudah mula dipamerkan kepada umum sejak dua minggu lepas. Tentunya ia menjadi antara tarikan terbaharu di Zoo Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019

Zirafah adalah antara haiwan besar yang menjadi tarikan utama di Zoo Negara. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Zoo Negara terima kelahiran anak zirafah betina
Anak zirafah seberat kira-kira 50 kilogram dengan ketinggian kira-kira 1.4 meter itu dilahirkan pada waktu pagi.