Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan hutan yang diancam kepupusan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir berkata ia merupakan inisiatif ZTNS dalam memperbanyak spesies yang semakin sukar didapati di negara ini seperti kambing gurun.
"Kita juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memasang perangkap bagi menangkap kambing gurun di sebuah kawasan di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media mengenai kejayaan program pembiakan haiwan di ZTNS hari ini.
Mengulas program itu, beliau berkata ZTNS berjaya membiak sebanyak 36 ekor burung Botak Upeh atau nama saintifiknya Mycteria cinerea menerusi program konservasi yang dimulakan sejak 2005.
"Kejayaan lain yang dicapai oleh ZTNS ialah kelahiran empat ekor anak anjing hutan atau serigala dengan nama saintifiknya Red Dhone @ Cuon Alpinus pada Disember 2019," katanya.
Selain itu, Khairul Amir berkata ZTNS menyambut kelahiran anak Orang Utan spesies Borneo pada 23 Dis 2019 dan 5 Feb lepas.
Beliau berkata semalam, ZTNS turut menerima seekor Lechwe jantan spesies antelop endemik Afrika dari Zoo Negara untuk tujuan pembiakan, menjadikan kesemuanya tiga ekor.
Sebelum ini, dua ekor spesies itu diterima daripada Zoo Melaka, masing-masing pada 28 Dis 2012 dan 11 Mac lepas.
"ZTNS juga menerima dua kelahiran dua ekor anak gajah jantan pada 30 Dis 2018 dan 8 Feb 2019 bernama Laroot dan Boyan menjadikan jumlah gajah yang terdapat di sini 10 ekor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020

Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat R&D dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan
Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan.

Pemburu haram, haiwan hutan yang berkurangan percepatkan kepupusan harimau
Harimau Malaya diburu sehingga hampir pupus dan kini populasinya berkurangan sehingga tidak sampai 200 ekor.