TAIPING: Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.
Beliau berkata jumlah itu mencatatkan rekod tertinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 2021 dengan 464,391 pelawat dan 2020 dengan 361,696 pelawat.
Khairul Amir juga optimis jumlah itu akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini, setelah negara memasuki fasa endemik.
"ZTNS telah menerima 558,949 pelawat dengan 495,181 pelawat di sesi pagi iaitu Zoo Taiping dan 63,768 pelawat di sesi petang iaitu Night Safari.
"Saya menjangkakan jumlah pelawat akan terus meningkat sehingga hujung tahun 2022," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian ZOORAMA 2022 dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perbandaran Yang Ke-43 MPT di Pavillion ZTNS pada Sabtu.
Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud yang hadir bagi merasmikan majlis.
Dalam pada itu beliau menambah, terdapat penambahbaikan bagi memperkasa Pakej Pendidikan ZTNS dalam kalangan pelajar.
Katanya, pelarasan semula pakej itu diharap dapat menarik lebih banyak sekolah untuk mengambil peluang menghayati dan mempelajari khazanah alam yang tidak ternilai.
"Terdapat tujuh pakej yang ditawarkan di dalam Pakej Pendidikan ZTNS yang ditambah baik antaranya; Edu Fun, Edu Fun & Learn 1, Edu Fun & Learn 2, X-Plorace Zoo, Pakej Khidmat Masyarakat Khas dan Pakej Lawatan Renjer Zoo," katanya.
Mengulas lanjut mengenai ZOORAMA, beliau berkata ia merupakan acara tahunan yang dianjurkan MPT saban tahun.
Ujarnya lagi, istimewa bagi tahun ini adalah ia diadakan bersama Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Hari Perbandaran yang ke-43.
Ia berlangsung pada 3 hingga 9 September, bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.
"Pelbagai aktiviti ZOORAMA diadakan dan antara pengisiannya seperti gerai jualan dan pameran produk pelancongan.
"Pertandingan melukis dan mewarna, wildlife conservation talk, zoo explorace dan zoo masterchef junior," katanya lagi.
Beliau berkata 1 September lalu, genap usia MPT yang ke-43, yang ditubuhkan pada tahun 1979 hasil daripada termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976.
Katanya lagi, dalam tempoh tersebut, tentu saja MPT mengalami evolusi seiring dengan perubahan masa.
"Dalam usia penubuhan 43 tahun ini, MPT lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan.
"Sebagai pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Taiping, MPT sentiasa dinamik dan produktif dalam mengurus isu perbandaran serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan," ujarnya.
Aida Aziz
Sat Sep 03 2022

Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir. - Foto ihsan MPT

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zoo Taiping umum kelahiran anak badak air, 16 kura-kura Sulcata
ZTNS dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan badak air itu dilahirkan oleh induknya bernama 'Lek'.

Zoo Taiping terima lebih setengah juta pelawat, ZOORAMA tawar pelbagai aktiviti menarik
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.

Tarsier tarikan baharu Zoo Taiping dan Safari Malam
Uniknya haiwan bersaiz kecil ini, hanya boleh dilihat semasa sesi Safari Malam kerana sifatnya memang haiwan malam.

Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).

Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping
Tiga nama itu dipilih daripada pertandingan yang disertai 5,827 penyertaan dan diadili oleh lima panel pemilih.

Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan
Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan.

Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun
Menurutnya, mulai tarikh itu, Zoo Taiping akan beroperasi antara 8.30 pagi hingga 6 petang manakala waktu operasi Night Safari pula dari 8 hingga 10 malam.

PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata, sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.

'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping
Zoo Taiping and Night Safari, Taiping menerima ahli baharu dengan kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya 'Panthera Tigris Jacksoni' pada 12 April lepas.

Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Taiping, anak kuda itu yang lahir antara jam 3 dan 4 pagi Jumaat, dianggarkan seberat 70 kilogram dan dalam keadaan sihat.