Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas kerana ia tidak selamat, kata Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk ketika mereka bertemu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Kiev juga tidak dapat menyediakan jadual konkrit bilakah pasukan penyiasat antarabangsa boleh memasuki kawasan nahas, kata Najib pada Rabu (Khamis di Malaysia).
Najib berkata Yatsenyuk memberitahunya, tembakan dan letupan masih berterusan di timur Ukraine walaupun perjanjian gencatan senjata dilaksanakan.
Beliau berkata Malaysia bimbang tentang mayat penumpang dan anak kapal pesawat malang itu yang masih belum dituntut di tempat nahas serta bukti forensik di kawasan berkenaan.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 40 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dan dibawa pulang ke tanah air.
Najib berkata Putrajaya juga bimbang tentang musim sejuk yang bakal melanda di kawasan itu yang boleh menjejaskan bukti forensik.
Ditanya sama ada Putrajaya akan memulakan rundingan dengan pihak pemberontak untuk laluan selamat pasukan penyiasat antarabangsa ke kawasan itu, Najib berkata: "Hubungan komunikasi masih terbuka tetapi kita harus mengambil kira sensitiviti Kiev".
Najib berada di sini dari 20 Sept hingga 28 Sept bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB serta menghadiri majlis lain.
Bernama
Thu Sep 25 2014

Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17, kata PM
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

PM Ukraine Arseniy Yatsenyuk umum letak jawatan
Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad.

Kiev tidak jamin laluan selamat ke tapak nahas MH17 - Najib
Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17, kata Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Perdana Menteri Ukraine umum letak jawatan
Perdana menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk umum perletakan jawatannya malam tadi.

Krisis di Ukraine: Siapakah disebaliknya?
Satu perjanjian telah ditandatangani pada Jumaat untuk menamatkan krisis di Ukraine dengan penunjuk perasaan. Berikut adalah orang-orang penting dan institusi yang terlibat.

Tawaran jawatan Perdana Menteri Ukraine bukan penamat tunjuk perasaan
Ditawar jawatan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang Arseniy Yatsenyuk tidak menganggap ia sebagai penamat tunjuk perasaan.