Istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
"Setakat ini, sembilan jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 Sept dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah.
"Kami percaya pada 1 Sept, kita dapat pastikan berapa," katanya pada sidang media selepas mempegerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi istiadat penghormatan itu di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini hari ini.
Beliau berkata persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumikan dan disemadikan.
Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak, katanya.
Zulkifeli berkata dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.
Pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka, katanya.
Zulkifeli berkata tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa empat jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala empat lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.
Beliau berkata mesyuarat berkaitan penghormatan jenazah akan diadakan pada 1 Sept yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan disertai menteri-menteri berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada Ahad lepas.
Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Thu Aug 28 2014
![MH17: Istiadat penghormatan 2 Sept dijangka libatkan 9 jenazah MH17: Istiadat penghormatan 2 Sept dijangka libatkan 9 jenazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408797118_295x200.jpg)
Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak - Gambar Fail
![Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739396360_KuikChengChwee.jpg)
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216 Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679277164_TBAGONG.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216
Sebaik Seri Paduka Baginda berangkat tiba, sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi Hormat Diraja.
![Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618656271_IstiadatPemakamanP.jpg)
Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.
![Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563958807_TBMUJAHIDYUSOF.jpg)
Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid
Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dijadikan payung kedaulatan Negara.
![Jenazah Muhammad Adib akan disambut penuh penghormatan Jenazah Muhammad Adib akan disambut penuh penghormatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545090885_JenazahAdib.jpg)
Jenazah Muhammad Adib akan disambut penuh penghormatan
Penghormatan sewajarnya akan diberikan terhadap anggota bomba berusia 24 tahun itu yang meninggal dunia pada Isnin malam.
![Institusi Raja perlu dijunjung, Shahidan perlu mohon sembah ampun! Institusi Raja perlu dijunjung, Shahidan perlu mohon sembah ampun!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527242199_KERABATREPORT.jpg)
Institusi Raja perlu dijunjung, Shahidan perlu mohon sembah ampun!
Keluarga Besar Jamalullail mewakili kerabat diraja Perlis membuat laporan polis terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN negeri itu.
![Sekitar Istiadat Persandingan DiRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah Sekitar Istiadat Persandingan DiRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81502769603_tun-aminah-sanding-header.jpg)
Sekitar Istiadat Persandingan DiRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah
Selamat pengantin baru Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah.
![Perkahwinan diraja kekalkan adat dan tradisi Johor Perkahwinan diraja kekalkan adat dan tradisi Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71501028809_TunkuAminah.jpg)
Perkahwinan diraja kekalkan adat dan tradisi Johor
Tunku Aminah berkata ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu perkahwinan diadakan dengan menampilkan segala keunikan dan kekayaan warisan serta tradisi negeri itu.
![Sultan Muhammad V jadi contoh dan teladan kepada orang muda Sultan Muhammad V jadi contoh dan teladan kepada orang muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71491799778_SultanMuhammadV.jpg)
Sultan Muhammad V jadi contoh dan teladan kepada orang muda
Pada masa yang sama, baginda dicontohi kerana prihatin dalam menegakkan kepentingan dan perkembangan syariah di negara ini.
![Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan' Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71472487838_DatukDrAbRahman.jpg)
Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan'
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selepas menerima tiga laporan polis pada 26 Mac lepas mendakwa wujud perkara mencurigakan ketika majlis penganugerahan tersebut.
![Agong berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan Agong berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81469933799_HariPahlawan.jpg)
Agong berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.