SPOTIFY mula membuat perubahan polisi pada platform mereka, sekali gus mula menerima buku audio yang dibacakan menggunakan janaan AI.


Ringkasan AI
  • Spotify mula menerima buku audio yang dibacakan menggunakan janaan AI dari ElevenLabs Voices, yang menyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia.
  • ElevenLabs menyatakan bahawa kos penerbitan buku audio dapat diturunkan secara drastik dengan teknologi mereka, memudahkan penulis dan penerbit.
  • Pengguna boleh memuat naik buku audio ke Spotify melalui platform Findaway Voices, dengan proses penilaian dan pelabelan sebagai janaan digital sebelum diterbitkan.


Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

ElevenLabs menyatakan ramai yang sudah mula mendengar buku audio berbanding sebelum ini, namun ia membawa kepada kos yang tinggi untuk penulis atau penerbit dalam menerbitkan karya dalam bentuk audio.

Namun, dengan penawaran ElevenLabs, kos berkenaan dapat diturunkan secara drastik.


ElevenLabs Voices menyokong sejumlah bahasa, termasuk bahasa Malaysia.

Selepas dijana buku audio menggunakannya, pengguna boleh memuat-naik buku audio berkenaan ke Spotify menggunakan platform Findaway Voices.

Seperti biasa, proses penilaian akan dilakukan sebelum sesuatu buku audio berkenaan diterbitkan, dan ia perlu dilabelkan sebagai janaan digital.

Langkah ini juga dijangka membawa kepada penghasilan pelbagai variasi buku audio kepada pendengar seluruh dunia. -Amanz