Ringkasan AI
- Google telah mengambil alih sebahagian pasukan kejuruteraan HTC Vive dengan nilai $250 juta untuk memacu pembangunan sistem operasi Android XR.
- Google juga mendapat akses kepada harta intelek teknologi XR HTC secara tidak eksklusif, dan kedua-dua syarikat akan melihat peluang kerjasama masa hadapan.
- Android XR akan digunakan dalam set kepala Samsung Project Moohan dan cermin mata pintar Samsung yang masih dalam pembangunan.
Kepakaran pasukan ini dalam ruangan realiti maya (VR) dan realiti gabungan (MR) akan digunakan Google bagi memacu pembangunan sistem operasi Android XR.
Ini kali kedua Google mengambil alih pasukan daripada HTC. Lapan tahun lalu mereka mengambil alih pasukan rekaan bagi menghasilkan Google Pixel pada nilai $1.1 bilion.
Menerusi perjanjian yang ditandatangani, Google juga dapat mengakses harta intelek teknologi XR HTC tetapi bukan secara eksklusif.
Kedua-dua syarikat juga akan melihat untuk mengembangkan lagi usaha sama di masa hadapan.
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Walaupun sebahagian pasukan Vive telahpun dijual, HTC tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan pengeluaran set kepala mereka dalam masa terdekat. -Amanz