Minggu lepas merupakan minggu paling sukar dalam hidup Danica Weeks kerana suaminya Paul, antara penumpang penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lepas, sepatutnya kembali daripada lawatan bekerja.
Minggu lepas juga beliau sepatutnya meraikan hari jadinya dan hari jadi pertama anak mereka Jack, bersama-sama Paul.
"Kawan baik kami datang...kami ada rancangan untuk meraikannya secara meriah, memang minggu yang sangat sukar...namun saya berjaya mengharunginya," kata wanita itu yang ditemui oleh wakil media Malaysia, di kediamannya di sini pada Selasa.
Paul Weeks, 39, rakyat New Zealand yang menetap di sini merupakan jurutera mekanikal. Beliau dalam perjalanan ke Mongolia apabila pesawat yang dinaikinya itu hilang secara misteri 39 hari lalu.
Danica turut bercerita tentang anak lelaki sulung mereka, Lincoln, 3, yang saban malam mengucapkan selamat malam kepada bintang di langit dan berdoa agar ayahnya kembali untuk bersarapan pada esok pagi.
"Saya beritahu dia ayahnya berada jauh untuk selama-lamanya...dia mungkin belum mengerti konsep selama-lamanya, kerana hanya berusia tiga tahun setengah. Akan tetapi saya tahu dia faham. Dia seorang kanak-kanak yang pintar, dia tahu sesuatu sedang berlaku.
"Ada satu hari dia tidak mahu ke pusat jagaan harian kerana dia ingat saya juga akan pergi bekerja selama-lamanya seperti ayahnya, tetapi saya pujuk dia dan beritahu saya akan akan balik. Dia cuma seorang budak kecil," katanya.
Seperti kanak-kanak lain, Lincoln juga mahu ayahnya berada di rumah, ujar Danica, menambah penantian bagi mendapatkan jawapan yang pasti tentang nasib suaminya amat meletihkan dan beliau perlu meneruskan hidup demi dua anak mereka.
Selain bekerja di pusat ekuestrian berdekatan, Danica berkata beliau juga menulis buku bagi mengelak daripada memikirkan apa yang terjadi.
"Diharapkan kita akan dapat jawapan, kalau tidak saya akan menghabiskan sepanjang hayat saya untuk mencari kebenaran kerana saya berasakan pada masa ini seluruh dunia saya lenyap. Suami saya ialah dunia saya," katanya.
Sementara ibu Danica, Kay Thompson, berharap tumpahan minyak yang dikesan dua hari lepas antara perkara yang akan membuktikan Lautan Hindi merupakan tempat persemadian menantunya dan pesawat malang itu.
Katanya tempoh 39 hari lepas merupakan hari-hari yang amat memberi tekanan kepada anggota keluarganya.
"Kalau anda perasan, rumah ini berada di bawah laluan pesawat yang melintasi rumah ini beberapa kali sehari. Setiap kali dengar deruman enjin pesawat, kami berasa sangat tertekan.
"Kami mungkin memerlukan masa yang agak lama sebelum kembali menaiki pesawat," katanya yang berusaha menahan air mata.
Kay juga membayangkan menantunya itu mungkin menerima pingat daripada tentera New Zealand sebagai penghargaan ketika Paul berkhidmat dalam pasukan tersebut semasa berusia 16 hingga 21 tahun.
Pingat itu mungkin disampaikan ketika upacara peringatan yang akan diadakan kelak, katanya.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China selatan.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi mencari dan menyelamat dilancar bermula di Laut China Selatan dan selepas ada petunjuk mendapati pesawat melencong jauh daripada laluan asal, diperluas ke dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan satu analisis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini terhadap data satelit milik Inmarsat, syarikat telekomunikasi United Kingdom (UK) dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK, penerbangan MH370 dirumuskan terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhir dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Pada 24 Mac, hari ke-17 pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan itu "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Bernama
Tue Apr 15 2014

Danica Weeks dan dua anaknya. Lincoln (kiri) masih berharap dapat menemui ayahnya - Foto Bernama

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

MH370: Ahli keluarga berharap kerajaan telus, pencarian diteruskan
Grace Nathan, Danica Weeks dan KS Narendran mahu kerajaan baharu komited terhadap pencarian MH370 dan tidak menamatkan pencarian.

MH370: Anak masih berdoa ayahnya pulang untuk bersarapan bersama - Danica Weeks
Minggu lepas merupakan minggu paling sukar dalam hidup Danica Weeks kerana suaminya Paul, antara penumpang penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lepas, sepatutnya kembali daripada lawatan bekerja.