Hari ini Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang satu kawasan carian visual seluas 57,506 kilometer persegi.
Pusat kawasan carian terletak kira-kira 2200 kilometer di utara barat Perth.
Sebanyak 11 pesawat tentera, satu pesawat awam dan 14 kapal akan membantu dalam misi pencarian pesawat MH370, hari ini.
Kapal pertahanan Australia, Ocean Shield akan memberi fokus mencari apa-apa isyarat berkaitan kotak hitam pesawat dengan bantuan pengesan ping.
Pesawat AP-3C Orions akan meneruskan pencarian akustik dengan kerjasama Ocean Shield.
Turut serta bersama adalah kapal HMS Echo.
Kerja-kerja pencarian akan diteruskan dalam usaha mengecilkan kawasan pencarian dalam laut sehingga Kapal Autonomi dikerahkan.
Tiada isyarat akustik dikesan pada 24 jam yang lepas.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan kehadiran angin tenggara dengan sedikit hujan, ketinggian gelombang laut sehingga satu meter dan jarak penglihatan jelas sehingga lima kilometer.
Media Statement
Sun Apr 13 2014

Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

MH370: Kawasan pencarian AMSA seluas 57,506km persegi
Hari ini Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang satu kawasan carian visual seluas 57,506 kilometer persegi.