Penulis buku dan juga seorang juruterbang pesawat komersial, Ewan Wilson menyifatkan kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 adalah sebagai sesuatu yang telah dirancang dan disengajakan.
Wilson menulis perkara berkenaan bersama wartawan dari New Zealand, Geoff Taylor, di dalam bukunya yang bertajuk ‘Good Night Malaysia 370: The Truth Behind the Loss of Flight 370’ (Selamat Malam Malaysia 370: Kebenaran di sebalik kehilangan MH370).
Sebuah portal online United Kingdom, The Independent melaporkan salah satu kandungan buku tersebut adalah temubual bersama salah seorang saudara Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Di dalam buku tersebut, Wilson dan Taylor membuat kesimpulan mereka sendiri selepas menyiasat dan menganalisa laporan mengenai kehilangan MH370 yang dikatakan berunsur jenayah.
The Independent turut memetik kata-kata Wilson kepada satu laman portal berita di New Zealand, Stuff.co.nz yang berkata “Buat pertama kali kami memaparkan analisis terperinci laluan penerbangan yang luar biasa dan siapa yang dipercayai mengemudi pesawat tersebut sehingga ia menjunam di Lautan Hindi”
Taylor juga percaya pihak berkuasa terhutang untuk memberi ‘penjelasan mengenai kebenaran’ insiden MH370 kepada waris-waris 239 anak kapal.
“Demi waris dan keluarga penumpang kapal, kebenaran perlu diperjelaskan.
“Kami ada melawat balai perlepasan ketika kejadian, dimana ahli keluarga menunggu dengan penuh harapan. Tentu mereka berhak mengetahui kebenaran yang ditutup sekian lama” kata Taylor kepada Stuff.co.nz.
Taylor juga menambah “Apa yang terjadi kepada pesawat MH370 bukanlah satu kemalangan. Ia adalah sesuatu yang disengajakan dan dirancang dan ia tidak sepatutnya berlaku”.
Sudah masuk 100 hari, misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.
Teori kehilangannya makin hebat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada 29 Mei menyimpulkan bahawa kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.
Baru-baru ini, seramai tujuh keluarga waris penumpang pesawat MH370 turut menerima pembayaran pendahuluan berjumlah AS$50 ribu, daripada MAS.
Azyyati Ahmad
Mon Jun 16 2014

Misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

MH370: Kehilangan disengaja dan dirancang dakwa buku terbaharu
Penulis buku dan juga juruterbang, Ewan Wilson menyifatkan kehilangan pesawat MH370 adalah dirancang dan disengajakan.