Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan kertas kabinet berhubung hasil mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, Australia dan China berhubung pesawat MH370 di Australia pada 5 Mei lepas, untuk dibentangkan kepada Kabinet Rabu ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata penyediaan kertas kabinet itu dilakukan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.
Katanya kertas kabinet itu, antara lain akan memuatkan cadangan dalam mesyuarat tiga pihak itu berhubung fasa baharu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Fasa baharu pencarian termasuk analisis dan memperhalusi semula data satelit Inmarsat dan pemetaan dasar laut di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Panglima Tentera Laut Diraja Australia Laksamana Madya Ray Griggs di Wisma Pertahanan di sini Isnin.
"Laporan itu juga, antara lain, termasuk soal pengerahan aset-aset, yang mempunyai keupayaan spesifik bagi misi mencari," katanya.
Mesyuarat Peringkat Menteri Tiga Pihak diadakan di Bangunan Parlimen Australia di Canberra pada 5 Mei antara Hishammuddin, Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss dan Menteri Pengangkutan China Yang Chuangtang, antara lain membincangkan fasa baharu bagi operasi mencari MH370.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing, China telah hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Hishammuddin menyifatkan mesyuarat di Australia sebagai komprehensif, lengkap dan paling konstruktif serta mencerminkan tahap kerjasama, sahasama dan kepercayaan yang amat tinggi antara ketiga-tiga negara.
"Apa yang penting adalah mesyuarat di Australia (Canberra) (dengan timbalan perdana menteri Australia dan menteri pengangkutan China) boleh dikatakan bersejarah kerana ia telah berjaya mengetepikan banyak teori konspirasi dari segi hujahan geopolitik," katanya.
"Perkara yang kami teliti ketika ini adalah pencarian di laut dalam, tentang aset miliki keupayaan spesifik dan perkongsian kos (pencarian) kerana pada masa lepas tiada perbincangan tentang dollar dan sen...untuk adil kepada rakan kongsi kami, sudah tiba masanya untuk kami membincangkannya (perkongsian kos) secara lebih serius, kerana ia (pencarian) mungkin mengambil masa lama," katanya.
Mengulas permohonan anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 supaya kerajaan mengeluarkan data asal satelit, Hishammuddin berkata adalah lebih baik serahkan kepada Panel Pakar Antarabangsa untuk memutuskan maklumat mana yang patut didedahkan.
Terdahulu, Griggs dan delegasinya mengunjungi Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Bernama
Mon May 12 2014

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut Australia, Vice Admiral Ray Griggs di pejabatnya di Wisma Pertahanan di sini hari ini. -- fotoBERNAMA

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.

Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.

Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.

MH370: Data belum diproses Inmarsat didedahkan esok - Hishammuddin
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.

MH370: Laporan Mesyuarat Tiga Pihak dibentang kepada Kabinet Rabu ini
Penyediaan kertas kabinet itu dilakukan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.

Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung.

MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.

MH370: Komunikasi dirakamkan antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac
Laporan komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus Penerbangan MH370 selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan.

MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.

MH370: Dua pesawat Hercules C-130 TUDM tiba di Pangkalan TUDM
Kedua-dua pesawat membawa 54 kru terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 19 pegawai.