Daripada mencipta teknologi baru menggantikan kotak hitam, lebih baik perbaiki kotak hitam yang sedia ada, kata seorang bekas jurutera kanan Boeing, Profesor Dr Yulfian Aminanda.
Demikian pandangan beliau yang juga ketua penyelidik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika ditemui Astro AWANI pada forum tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Selasa malam.
"Ia lebih mudah berbanding melaksanakan teknologi baru yang perlu dimajukan dan diuji terlebih dahulu serta mengambil masa yang lama sehingga untuk memastikan ia selamat dan boleh digunakan," kata Yulfian.
Beliau memberi contoh tentang kotak hitam yang menyimpan segala maklumat tentang penerbangan pesawat, di mana ia sukar dicari apabila masuk ke dasar laut serta jangka hayatnya yang agak singkat iaitu selama 30 hari.
"Mungkin mereka boleh buatkan kotak hitam itu apabila terkena impak, ia akan terkeluar dan seterusnya terapung jika terjatuh di lautan. Ini membolehkannya dikesan dengan lebih mudah," katanya sambil memberitahu bahawa teknologi sedemikian memang dalam cadangan pakar.
Mengulas tentang teknologi baru menggantikan kotak hitam seperti sistem 'cloud storage', Yulfian berkata teknologi tersebut juga memang ada namun ia tidak semudah itu untuk memasangnya.
Jelas beliau, hal itu kerana alat tersebut perlu diuji beberapa kali terlebih dahulu untuk dipastikan selamat sebelum ianya disahkan, dan ini mengambil masa yang sangat lama.
"Biarpun ketika teknologi itu telah matang, tetapi ia perlu diuji juga dalam masa nyata (real time), untuk melihat berapa kali ia gagal dan sebagainya," katanya.
Selain itu, beliau juga memberitahu teknologi seperti cloud storage, biarpun lebih mudah untuk memperoleh maklumat darinya, namum terdapat risiko untuk maklumatnya dicerobohi oleh pihak lain.
"Itu lah isunya, iaitu ada kemungkinan pihak boleh menceroboh ke dalam sistem maklumat tersebut," tegas Yulfian.
Forum 'MH370 Tragedy: When science ends, faith continues' (Apabila sains berakhir, iman diteruskan) itu dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan, UIA.
Jangka hayat bateri kotak hitam pesawat Boeing 777-200 seperti yang terkandung dalam penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac itu, hanya mampu bertahan sehingga 30 hari selepas terhempas ataupun mengalami impak.
Hari ini, misi pencarian di dasar laut bagi pesawat tersebut diteruskan dengan melibatkan 10 pesawat tentera dan 12 kapal.
Fokus pencarian hari ini juga melibatkan kawasan radius 10 kilometer sekitar menara mengesan ping yang kedua, yang berlaku pada 8 April.
Haider Yutim
Wed Apr 23 2014

Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.
Lebih 2,100 pelajar OKU terima SKM sejak 2020 - Abdul Rahman
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Parlimen Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memberi Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada OKU mulai tahun 2020 sehingga 2024, seramai 1,724 pelatih OKU telah mendaftar dan lebih 2,100 pelatih telah berjaya dipersijilkan.
"KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia telah melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan serta pengecualian yuran pengajian," kata Abdul Rahman.
Jelasnya sejak tahun 2020 sehingga 2024, sejumlah 245 orang pelajar OKU pelbagai kategori telah dilatih di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang seperti teknologi reka bentuk grafik dan teknologi elektronik.
"KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia telah melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan serta pengecualian yuran pengajian," kata Abdul Rahman.
Jelasnya sejak tahun 2020 sehingga 2024, sejumlah 245 orang pelajar OKU pelbagai kategori telah dilatih di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang seperti teknologi reka bentuk grafik dan teknologi elektronik.
#AWANIRingkas 3 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 3 Mac 2025
1️⃣ RUU Perkhidmatan Parlimen
2️⃣ Akses untuk OKU dibangkitkan di Parlimen
3️⃣ Pelan pembinaan semula Gaza
#awaniringkas
1️⃣ RUU Perkhidmatan Parlimen
2️⃣ Akses untuk OKU dibangkitkan di Parlimen
3️⃣ Pelan pembinaan semula Gaza
#awaniringkas

MH370: Perbaiki teknologi kotak hitam, kata bekas jurutera kanan Boeing
Prof Yulfian Aminanda berkata teknologi baru menyimpan data menggantikan kotak hitam memang ada namun tidak semudah itu untuk memasangnya.