Status perkahwinan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang beragama Islam tidak terbubar walaupun kerajaan mengisytiharkan semua penumpang pesawat malang itu terkorban.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata untuk menentukan status sesuatu perkahwinan terbubar, perintah Anggapan Kematian atau perintah pembubaran perkahwinan perlu dibuat oleh mahkamah.
"Pada pandangan saya walaupun dengan pengisytiharan yang dibuat oleh kerajaan tentang status MH370, ia belum membubarkan status perkahwinan mangsa-mangsa dan sebarang tuntutan ke atas harta pusaka tidak boleh dibuat.
"Hanya mahkamah yang boleh mengeluarkan perintah Anggapan Kematian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Musa berkata jika pasangan mangsa berhasrat untuk memuktamadkan status perkahwinannya, maka individu berkenaaan boleh memohon perceraian secara fasakh atas alasan suami telah ghaib lebih setahun atau mereka boleh memohon mendapatkan perintah Anggapan Kematian daripada mahkamah.
Musa menjelaskan menurut Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) adalah dinyatakan dengan jelas bahawa setiap kematian di negara hendaklah didaftarkan dengan syarat mayatnya dijumpai.
Dalam kes mayat tidak dijumpai atau individu yang diklasifikasikan sebagai telah dianggap mati, maka perintah Anggapan Kematian perlu diperoleh di Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 108 Akta Keterangan 1950, katanya.
Beliau berkata bagi kes Anggapan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kematian, sebaliknya hanya akan mengemas kini maklumat individu yang telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi di dalam sistem jabatan.
"Untuk sebarang urusan berkaitan individu yang telah dianggap mati, waris perlulah menggunakan perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah" katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan insiden pesawat malang MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap terkorban.
Azharuddin berkata pengisytiharan itu dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, yang lazimnya dirujuk sebagai Konvensyen Chicago.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dalam satu kenyataan di ibu negara berkata hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan
undang-undang yang ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.
Bernama
Fri Jan 30 2015
Status perkahwinan mangsa pesawat MH370 yang beragama Islam tidak terbubar walaupun kerajaan mengisytiharkan semua penumpang itu terkorban. -Gambar fail
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
MH370: 'Status perkahwinan mangsa beragama Islam tidak terbubar'
Status perkahwinan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang beragama Islam tidak terbubar walaupun kerajaan mengisytiharkan semua penumpang pesawat malang itu terkorban.