Usaha mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu memasuki hari ke 38 di tengah-tengah kebimbangan hayat bateri kotak hitam pesawat telah tamat tempoh hayatnya.
Hari ini usaha dipergiatkan dengan 27 aset digembleng untuk operasi itu termasuk 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 5 kapal digerakkan.
Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), kawasan pencarian meliputi keluasan 47,644 kilometer persegi dengan tumpuan di sekitar 2,200 kilometer ke barat laut Perth.
Turut dimaklumkan, Kapal Tentera Laut Australia Ocean Shield akan menumpukan kepada usaha cuba untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang kesan denyutan dari kotak hitam yang dikuatiri sudah tamat tempoh hayat baterinya. Pengesan isyarat 'ping' atau Towed Pinger Locator akan terus digunakan bagi tujuan itu.
Pesawat AP-3C Orions pula akan cuba mengesan sebarang isyarat akustik dari udara dengan kerjasama kapal Ocean Shield. Operasi akan turut dibantu kapal HMS Echo yang berada di kawasan pencarian yang sama dengan Ocean Shield.
Turut dimaklumkan tiada sebarang isyarat berjaya dikesan sepanjang 24 jam yang lalu.
Cuaca diramalkan hujan sekejap-kejap dengan ombak dijangka setinggi 1.5 meter manakala jarak penglihatan sekitar tiga hingga lima kilometer.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Pencarian dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
AMSA juga akan meneruskan usaha mencari pesawat menggunakan analisis pelbagai disiplin berkaitan komunikasi satelit dan prestasi pesawat MH370, yang disediakan pasukan penyiasat pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.
Astro Awani
Mon Apr 14 2014

Gambar Fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

MH370: JACC simpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan
Perkara itu disahkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang berkata kesimpulan itu berdasarkan perkiraan profesional.

MH370 tidak mungkin berada di Teluk Bengal - Hishammuddin
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak percaya bahawa pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 berada di Teluk Bengal.

MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.

Ocean Shield teruskan operasi pengesanan bunyi akustik
Hari ini 27 aset digembleng untuk operasi itu termasuk 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 5 kapal digerakkan.

Isyarat yang dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam - JACC
Ketua JACC, Angus Houston berkata isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion pada Khamis, telah dikenalpasti tiada kaitannya dengan pesawat MH370.

MH370: Australia rangka perjanjian jadi 'wakil bertauliah' dalam siasatan
Perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.