Ringkasan AI
- AI akan memberi impak besar dalam masa terdekat, dengan beberapa kerjaya terancam.
- China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.
- Pada tahun 2024, 47% penyelidik terbaik dalam bidang AI berasal dari China.
Jawapannya ialah ya, dengan KESUMA sendiri menerbitkan laporan mengenai beberapa kerjaya yang terancam disebabkan oleh penggunaan AI.
Di China, bagi memastikan generasi masa hadapan dapat menjadikan negara tersebut peneraju teknologi ini, mata pelajaran AI akan diperkenalkan tahun ini.
Arahan telah diberikan oleh Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Beijing kepada semua sekolah di ibu negara China, dengan mata pelajaran AI perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah bermula September depan.
Sekolah hanya diwajibkan mengajar 8 jam mata pelajaran AI sepanjang tahun akademik, dengan ia diintegrasikan ke dalam mata pelajaran sedia ada.
China lebih awal berbanding Malaysia, yang hanya akan memperkenalkan subjek yang sama bermula sesi persekolahan 2027.
Langkah awal yang dilakukan China ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana pelan untuk menjadikan negara mereka kuasa besar AI telah dimulakan lebih sedekad lalu.
Menurut satu laporan yang diterbitkan pada tahun 2024, 47% penyelidik terbaik dalam bidang AI berasal dari China.
Amerika Syarikat di tempat kedua dengan 18%, diikuti oleh Eropah (12%), India (5%), Kanada (2%), UK (2%), Korea (2%), dan Rusia (2%). -Amanz
