Seramai 96 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di perairan negara dekat sini mengundi secara pos bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini.
Anak kapal KD Terengganu, yang menjalankan tugas rondaan dan mengawal perairan pantai timur Sabah sejak awal bulan lepas, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun dalam kesibukan bertugas memastikan keselamatan perairan negara daripada diancam anasir luar.
Proses mengundi dijalankan tiga pegawai dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen Kementerian Pertahanan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Pegawai yang Bertanggungjawab (PYB) undi pos ATM bagi Operasi Daulat Mejar Muhammad Jilli Asyraf, Pegawai Waran 2 Ayub Abu Bakar (Kerani Undi Pos) dan Sjn P.Thinagaran (Kerani undi Pos).
Pegawai Memerintah KD Terengganu Komander Shaiful Mayudin ketika ditemui pemberita di atas kapal itu, berkata anggota TLDM tidak terkecuali dalam menunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negara melalui undi masing-masing.
"Walaupun kami berada di lautan, kami tetap menjalankan kewajipan untuk mengundi.
"Saya dan anak kapal akan terus menjaga kedaulatan perairan negara termasuk pada pilihan raya umum 5 Mei ini," katanya.
Timbalan Pegawai Navigasi Lt Ahmad Faisal Abd Aziz, 25, berkata beliau teruja dengan pengalaman pertama kali mengundi di atas kapal.
"Ini juga pengalaman pertama saya mengundi sebagai rakyat Malaysia. Saya gembira sebab dapat jalankan tanggungjawab dan dalam masa yang sama bertugas di perairan," katanya.
Berlainan pula dengan Pegawai Waran 2 Hamdan Hamid, 40, yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi sejak menyertai TLDM kira-kira 21 tahun lepas.
"Saya bangga dapat peluang mengundi di atas kapal sambil menjalankan tugas. Namun saya berasa sebak memandangkan ini pengalaman terakhir saya mengundi sebagai anggota TLDM kerana akan menamatkan perkhidmatan tahun depan," katanya.
Beliau turut berpesan kepada rakan-rakan ATM lain untuk mengundi walaupun ketika bertugas.
Bernama
Fri Apr 26 2013


Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Malaysia alu-alukan kunjungan kapal Tentera Laut Jerman di Pelabuhan Klang
Kedua-dua kapal Tentera Laut Jerman itu adalah sebahagian daripada Indo-Pacific Deployment 2024 (IPD24).

Tinggalkan lokasi insiden pelanggaran, APMM giat kesan kapal MT Ceres 1
Usaha APMM jejak kapal tangki itu giat dilakukan dengan mengatur gerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP bagi tujuan penyelamatan dan siasatan.

Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.

Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar
Perjalanan Open Arms dijadual sejauh 216 batu nautika, disifatkan operasi paling sukar.

Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.

Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.

Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut
Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad.

Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal.

Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui
Kapal layar 'Endurance' dengan tiga tiang itu yang karam ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.