Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menempelak segala tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Data pemilih Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) muktamad. Ianya telah diwartakan dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri. Penduduk tetap dan warga asing boleh menjadi warganegara seperti yang digariskan dalam undang-undang," jelas Wan Ahmad.
Timbalan Pengerusi SPR itu meminta Anwar jangan mempertikaikan data pemilih yang telah dimuktamadkan.
Anwar hari ini mendakwa terdapat pengundi warga asing yang berdaftar dalam sistem daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Analisa daftar pengundi mendapati seramai 28,593 pengundi warga asing yang berasal dari Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh berdaftar dalam senarai pengundi berkenaan," Anwar memberitahu pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti PKR di Petaling Jaya.
Ketua Umum itu memberitahu Sabah mempunyai 15,907 pengundi berdaftar yang berasal dari Filipina dan Indonesia. Selangor pula mempunyai seramai 4,324 pengundi asing yang lokasi pembuangan undinya di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.
Antara kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi asing tertinggi ialah Silam, Libaran, Kalabakan, Sepanggar dan Tawau.
"Seramai 16,589 pengundi asing diberi status lahir di Sabah. Manakala 42 pengundi yang berasal dari Filipina dan Pakistan didaftar sebagai pengundi pos polis dan tentera.
"Justeru SPR jangan berdalih, bersih dan batalkan percanggahan daftar undi berkenaan," jelas penyandang Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar memberitahu inilah sebab penangguhan penubuhan suruhanjaya berhubung isu pendatang asing di Sabah bagi mengelakkan pendedahan berkenaan.
"Saya merayu pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi pada 5 Mei ini. Kita mesti jalankan hak sebagai rakyat Malaysia," tambah Anwar.
Dalam sidang media itu juga, suami kepada Presiden PKR itu meminta penjelasan SPR berhubung peti undi yang sepatutnya dihantar ke Putrajaya namun telah dihantar ke Pusat Perindustrian Chua di Kajang Selangor.
Hasbullah Awang Chik
Thu Apr 25 2013
![Daftar undi sah - SPR Daftar undi sah - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71357169396_295x200.jpg)
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697542883_AnwarIbrahimCAEXP.jpg)
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
![Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665032843_bersih.jpg)
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
![Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600847670_AnwarIbrahim.jpg)
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
![PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61538098865_TBPRKPD.jpg)
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
![Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81473824824_KhairyJamaluddin.jpg)
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
![Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460720510_Bastien.jpg)
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
![1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah 1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437112088_NURULIZZAH.jpg)
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
![Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51392023917_295x200.jpg)
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
![Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51392023917_295x200.jpg)
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
![Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360477735_295x200.jpg)
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.