Tidak perlu berdebat sebaliknya ukur indeks pencapaian prestasi KPI sepanjang satu penggal memerintah Lembah Pantai.
Berikut adalah jawapan diberikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika diminta mengulas mengenai tawaran debat oleh ahli parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar.
“Bagi saya tiada keperluan untuk berdebat namun yang lebih penting adalah hasil kerja sepanjang bertugas. Pengundi mengundi kerana hasil yang cemerlang dan bukan hanya dengan kata-kata sahaja,” ujar Nong Chik.
Tempoh hari Nurul Izzah dilaporkan menghantar surat rasmi menjemput Nong Chik untuk berdebat yang dijadualkan pada 24 Februari depan.
Tambah Nong Chik, rakyat setempat boleh menilai sendiri sama ada pemimpin mereka hanya pandai bercakap sahaja mahupun bekerja demi rakyat.
Nong Chik berkata demikian ketika ditemui di Universiti Malaya (UM) sewaktu menyerahkan baucer buku (BR1M) 1Malaysia.
Baucer tersebut bakal memberi manfaat kepada 25,279 pelajar UM yang dianggarkan bernilai RM6 juta.
Astro Awani
Mon Feb 18 2013

Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Perumahan baru di Lembah Pantai - Nong Chik
Penduduk di flat Sri Pahang dan Bukit Bangsar bakal menikmati perumahan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai.

30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri.

Hasil kerja lebih penting daripada debat - Nong Chik
Tidak perlu berdebat sebaliknya ukur indeks pencapaian prestasi KPI sepanjang satu penggal memerintah Lembah Pantai.

Jangan lupa rasa sayang pada Wilayah Persekutuan
Warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diseru supaya tidak sesekali melupakan rasa sayang dan cinta terhadap Wilayah Persekutuan.

Peniaga pasar awam digesa tingkat kebersihan pasar
Peniaga pasar awam di tengah ibu kota digesa meningkatkan tahap kebersihan pasar agar dapat menjadi satu daripada tarikan pelancong asing dalam mengenali budaya masyarakat di negara ini.

Reaksi pelbagai bagi tempat letak kereta wanita
Warga kota memberi reaksi yang pelbagai setelah kerajaan mahukan 7% tempat letak kereta di premis komersial dikhaskan kepada wanita.

Kadar caj tempat letak kereta seragam di KL
DBKL memperkenalkan penyeragaman kadar caj bayaran tempat kereta mengikut kategori dan zon untuk warga kota.

7% tempat letak kereta untuk pemandu wanita
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata 7 peratus dari tempat letak kereta di premis-premis komersial perlu dikhaskan kepada wanita.
Kerajaan tidak akan bayar ganti rugi
Keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Projek pembangunan semula Bandar Tun Razak bermula pertengahan tahun
Projek pembangunan semula kawasan perumahan Bandar Tun Razak dijangka bermula pertengahan tahun ini.