MIC Wilayah Persekutuan menyokong tindakan timbalan presiden parti tersebut, Datuk M. Saravanan untuk tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Shah Alam Zulkifli Noordin kerana beliau pernah mengeluarkan kata-kata menghina agama kaum India.
Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan Anbumani Balan berkata tindakan Saravanan itu memang patut kerana semua rakyat di negara ini harus menghormati bangsa dan agama masing-masing.
“Kaum India marah dengan kenyataan Zulkifli. Tiada sebab untuk memaafkan beliau. Kerajaan harus mendengar suara kaum India dari bahagian akar umbi,” beliau memberitahu Astro Awani.
Anbumani berkata ini bukanlah kali pertama seseorang yang membuat kenyataan yang berbaur perkauman dilepaskan begitu sahaja.
Beliau berkata perkara yang sama telah berlaku ketika komentari Dr Ridhuan Tee Abdullah yang berbaur perkauman dikeluarkan oleh Sinar Harian.
“Setiap kali mereka berbuat demikian, kita perlu maafkan mereka? Kerajaan sedang berusaha keras untuk memenangi undi kaum India. Perkara sebegini hanya memberi impak negatif.
“Kami bukan menentang BN atau Umno. Kami menentang Zulkifli. Kami tidak menerima permohonan maafnya,” kata beliau.
Sementara itu, mantan presiden Datuk Seri S. Samy Vellu enggan memberikan sebarang kenyataan apabila dihubungi.
Pada Khamis lepas, Saravanan berkata beliau tidak akan memaafkan Zulkifli.
“Saya akan memberitahu kaum India supaya tidak mengundinya. Dia tidak layak menerima undi.
“Jika saya mengatakan sesuatu yang tidak hormat tentang kaum Muslim atau kepercayaan mereka dan meminta maaf selepas itu, adakah mereka akan menerimanya?” beliau dilaporkan berkata.
Dalam sebuah video lama, Zulkifli telah mempersoalkan konsep tuhan Hindu.
Beliau telah meminta maaf selepas itu.
T K Letchumy Tamboo
Sun Apr 28 2013


Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik
Pemerhati Politik melihat komposisi kaum perlu diambil kira dalam melantik Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

MIC WP sokong tindakan Saravanan
MIC Wilayah Persekutuan menyokong tindakan timbalan presiden parti itu Datuk M. Saravanan untuk tidak menyokong Zulkifli Noordin.