Pakatan pembangkang merancang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka kini dilihat sangat terdesak selepas sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) meningkat.
``Kekacauan itu dijangka berlaku pada hari pembuangan undi. Kalau dia kata boleh menang kenapa hendak timbulkan kekacauan lagi,'' katanya semasa berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di perkarangan Masjid As-Salam di Hulu Selangor.
Jelasnya, pembangkang kini sanggup melakukan keganasan selepas manifesto yang baru dibentang mereka tidak dipercayai rakyat.
Pada 25 Februari lalu, pakatan pembangkang melancarkan Manifesto 10 Perkara Menjalang PRU-13.
Pada majlis sama, Muhyiddin mengumumkan bantuan RM200,000 kepada Masjid As-Salam dan RM100,000 untuk kuil dan tokong sekitar Hulu Selangor.
Dalam pada itu, Muhyiddin menyeru rakyat selangor berjihad dengan memberi undi kepada BN dalam PRU-13.
Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kalamanathan menyifatkan kehadiran Muhyiddin menjadi aspirasi rakyat Selangor untuk memberi mandat kerajaan negeri kepada BN.
"Jentera dah siap sedia, akar umbi dah siap sedia hanya menunggu masa hendak kembalikan Selangor kepada BN,'' jelasnya.
BN menguasai 20 kerusi dun manakala pakatan PKR, Pas, DAP memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi di negeri itu.
Sementara bagi parlimen, BN hanya menang di lima daripada 22 kawasan yang ditandinginya.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 13 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.

Manfaatkan Wawasan Kemakmuran Bersama untuk bebas dari kemiskinan - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, golongan miskin perlu berusaha keras bagi menambah pendapatan mereka dan keluar daripada kadar kemiskinan.

Tindakan terhadap individu niat cetuskan huru-hara di Petaling Street
Datuk Seri Noor Rashid berkata ini termasuklah individu yang mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman di tempat awam atau media sosial.

Kemungkinan amat tinggi kekacauan berlaku semasa Bersih 4.0 - Nur Jazlan Mohamed
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 hujung minggu ini.

Pembangkang cuba cetus huru-hara hari mengundi
Pakatan pembangkang rancang timbulkan huru-hara pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.