Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan empat muka baharu dan seorang penyandang bagi mempertahankan lima kerusi parlimennya di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Mereka termasuk Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Saifuddin merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan.
Ketika berucap pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok dekat sini malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Naib Presiden parti N. Surendran sebagai calon di kerusi Parlimen Padang Serai.
Dua lagi muka baharu ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PKR Cabang Kuala Kedah Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR menang di lima daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandinginya. Mereka tewas di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.
Di kerusi Parlimen Merbok, PKR menang menerusi Datuk Rashid Din yang menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Tajul Urus Mat Zain dengan majoriti 3,098 undi.
Kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan Padang Serai pula masing-masing dimenangi menerusi Datuk Zulkifli Noordin dan N. Gobalakrishnan namun kedua-duanya bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.
Bagi kerusi Parlimen Sungai Petani, Johari menewaskan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin manakala kawasan Parlimen Kuala Kedah dimenangi oleh Ahmad Kasim.
Anwar baru-baru ini mengumumkan Ketua Biro Perundangan PKR Gooi Hsiao Leung sebagai calon di kerusi Parlimen Alor Setar tetapi mendapat bantahan DAP Kedah yang turut mahu bertanding di kerusi itu.
Bernama
Mon Apr 08 2013

Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Maut selepas beli-belah hari raya
Empat beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Maran pagi tadi dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kemaman

Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu
Empat nelayan dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi sejak lapan hari lalu selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda kelas B di perairan Kemaman.

Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac
Kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi akan disebut semula pada 19 Mac.

4 beradik gembira dapat mulakan persekolahan
Walaupun cuaca agak panas, namun 4 beradik anak kepada pasangan yang ditahan di Sweden gembira dapat melangkah ke sekolah bersama.
4 rakyat Somalia dihukum sokong pengganas
Empat lelaki Somalia yang dituduh berkomplot menyalur bantuan kewangan kepada kumpulan pemberontak, Al-Shabab dijatuhi hukuman.

Saifuddin Nasution antara empat muka baru PKR di Kedah
PKR menyenaraikan empat muka baru dan seorang penyandang bagi mempertahankan lima kerusi parlimennya di Kedah pada PRU-13.