Tiga penyanyi hari ini turut membantu kempen Barisan Nasional (BN) dengan menghibur orang ramai di majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bukit Katil.
Zaiton Sameon, penyanyi terkenal era 90-an berkata sebagai rakyat Malaysia beliau merasa terpanggil untuk berkempen bagi BN yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang banyak membangunkan negara.
"Saya melihat negeri kelahiran bapa saya ini (Melaka) begitu maju dibangunkan oleh BN. Saya akan terus memberi sokongan dan membantu BN dalam berkempen," katanya kepada pemberita.
Penyanyi lagu-lagu Asli, Aspalela Abdullah berkata beliau berkempen untuk BN ibarat membalas jasa parti itu yang membela nasib rakyat termasuk golongan artis.
"Saya berkempen (untuk BN) sejak tahun 70-an di serata Malaysia untuk menyatakan sokongan. Walaupun sekarang ini dah uzur tetapi semangat untuk berjuang dan bantu BN tetap ada kerana kita tahu BN memang banyak berjasa pada negara dan tidak meminggirkan artis," katanya.
Bagi Hayati Tasrip, beliau berharap usaha artis veteran berkempen sedikit sebanyak mampu membantu BN mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini.
"Saya mahu membantu memberi motivasi kepada masyarakat bahawa tidak perlu menukar kerajaan sedia ada kerana mereka (kerajaan BN) sudah banyak membantu rakyat," katanya.
Bernama
Tue Apr 30 2013


TLDM selamatkan kapal layar Meridian of Sydney di perairan Pulau Perak
Kapal itu dipercayai hanyut selama empat hari dengan seorang individu, warga Australia Kepten Kelvin Holly, berada di atasnya.
Polis Johor rampas beras seludup bernilai hampir RM20,000
Dalam operasi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Masai, Polis Johor berjaya merampas beras seludup dari India bernilai kira-kira RM19,975. Operasi ini melibatkan Cawangan Khas IPK Johor dan pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.

Api kuali musnahkan khemah peniaga bazar Ramadan
Individu tersebut sedang merakam video di gerai jualan itu, tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak menyebabkan dia terkejut.
Protes pemotongan pencen di Argentina: Kumpulan pesara bertempur dengan pasukan keselamatan
Pasukan keselamatan Argentina dan gabungan kumpulan pesara bertempur pada Rabu di hadapan Kongres semasa protes kumpulan berkenaan terhadap pemotongan pencen yang diumumkan presiden Javier Milei.
Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan AS
Tarif timbal balas sebanyak 25% ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat, termasuk komputer, peralatan sukan, dan produk besi tuang diumum akan dikenakan kerajaan Kanada.
Langkah ini adalah tindak balas terhadap tarif AS dan akan berkuat kuasa mulai 13 Mac 2025.
Langkah ini adalah tindak balas terhadap tarif AS dan akan berkuat kuasa mulai 13 Mac 2025.
Pasukan Khas Tentera Pakistan tumpaskan 33 militan, akhiri krisis tebusan kereta api
Pasukan Khas Tentera Pakistan berjaya menumpaskan 33 militan pemisah Baloch dan menamatkan krisis tebusan kereta api yang berlangsung selama sehari. Insiden ini bermula apabila militan meletupkan landasan kereta api dan menyerang Jaffar Express yang membawa 440 penumpang. Serangan ini mengakibatkan 21 tebusan dan empat anggota keselamatan terkorban. Ketua Menteri Balochistan, Sarfraz Bugti, memuji keberanian pasukan keselamatan yang berjaya menyelamatkan 68 tebusan.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague menyaksikan kehadiran Rodrigo Duterte untuk perbicaraan atas dakwaan jenayah kemanusiaan berkaitan "perang dadah" yang dilancarkannya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
PM mahu program Kampung Angkat MADANI diperluas
Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan kemajuan Program Kampung Angkat MADANI, yang dimulakan di peringkat kementerian-kementerian, sehingga mencecah angka 44 buah kampung pada tahun 2024, dan akan diperluaskan kepada 200 buah dengan bantuan korporat dan GLC.
Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Seorang lelaki warga emas terima padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas bergurau bahawa bagasi rakannya mengandungi bom.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.

Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menyarankan agenda kerjasama politik di antara PAS dan UMNO bukanlah keutamaan yang perlu ditumpukan oleh UMNO pada masa ini.

'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta
Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan berkenaan perpindahan dana AS$7 juta yang diajukan media tempatan. Astro AWANI mengupas respon utama beliau mengenai isu ini.

Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias
Hakim memutuskan rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih terhadap Datuk Lajim Ukin tidak mempunyai merit.

'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.

ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu
NGO itu mahu masyarakat dunia mengiktiraf negara ini sebagai warisan dan hak orang Melayu kerana orang Melayu telah ada di tanahair ini jauh lebih lama berbanding kaum-kaum lain.

Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri
Tanggungjawab kerajaan dan keutamaan saya adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemajuan berterusan kerana masa depan negara bergantung kepada faktor-faktor ini.

Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang
Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pempetisyen tidak menyatakan fakta yang jelas dan mencukupi.

BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatori dan petisyen yang difailkan Abdul Karim Abdul Rashid cacat.

BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.