Action cam ataupun kamera lasak merupakan gajet yang paling cool untuk dimiliki masa kini terutama sekali bagi penggiat sukan lasak.
Bagi memudahkan lagi pergerakan dalam merakam visual point of view (POV), GoPro mengeluarkan model baru Hero4 Session.
Kelebihan pada Hero4 Session adalah ia 50% lebih kecil, 40% lebih ringan dan juga kalis air tanpa perlu dipasang pada alat perlindungan yang lain.
Ia juga dilengkapi dua mikrofon, satu di depan dan satu lagi di bahagian belakang kamera.
Penggunaan mikrofon berubah secara dinamik bagi mengurangkan kesan bunyi angin yang terlalu kuat.
Bagaimanapun tiada format rakaman 4k bagi kamera lasak terbaru ini.
Saiz hero 4 session adalah 1.5 inci dengan berat lebih kurang 74 gram.
Memandangkan ia agak kecil, pengguna juga tidak boleh menukar mod rakaman pada kamera.
Segala perubahan pada settings perlu dilakukan dengan menghubungkannya dengan peranti mudah alih atau unit kawalan jauh wifi.
Ini bermakna pergantungan kepada wifi akan mempercepatkan penggunaan bateri.
Bagaimanapun rebiu yang dibuat Wired.com mendapati bateri pada Hero4 Session lebih tahan lama berbanding model Hero4 Silver.
Ini kerana kamera Hero4 Session dimatikan jika tiada rakaman dibuat.
Harga bagi sebuah Hero4 Session juga dipertikaikan kerana pada harga pasaran AS$399, ia hanya AS$100 lebih murah berbanding sebuah Hero4 Black Edition, kamera terbaik GoPro setakat ini.
Hero4 Session akan berada di pasaran pada 12 Julai ini.
Ian Johan Ariff
Tue Jul 07 2015
GoPro Hero4 Session lebih kecil tetapi sama lasak. Gambar GoPro.com
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Dua bangunan warisan di Miri bakal dinaik taraf sebagai musium biodiversiti
Muzium biodiversiti ini bakal dilengkapi teknologi kecerdasan buatan, pertama seumpamanya di dunia dan proses naik taraf dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' serlah keperibadian Wan Junaidi
Buku 'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' antara lain berkongsi bagaimana Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi antara figura penting dan tokoh yang banyak memainkan peranan penting ketika PBB berdepan pergolakan.
Clean Thaipusam perluas usaha, pastikan perayaan bebas sampah
Melibatkan 500 sukarelawan di seluruh negara, kempen itu menumpukan pada pengurusan sisa, kutipan buah-buahan dan kitar semula di lima tapak kuil utama.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Setakat jam empat petang isnin, jumlah mangsa berkurangan kepada 9,312 orang berbanding 9877orang yang direkodkan pada jam 12 tengahari tadi.
JPBN Sarawak menilai kos baikpulih kerosakan infrastruktur
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sedang dalam proses
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir dI Sabah, Sarawak
KKM memaklumkan sebanyak 671 kes jangkitan salur pernafasan akut, 82 kes jangkitan kulit, 37 kes gastroenteritis akut, 17 kes konjunktivitis, serta satu kes penyakit tangan, kaki dan mulut telah dikesan.
Bomba terus pantau banjir dI Sabah, Sarawak melalui PGOK
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata maklumat yang diperoleh daripada PGOK juga sudah pasti akan memudahkan urusan pegawai dan anggota menjalankan tugas di lokasi termasuk tanah runtuh dan sebagainya dengan pantas
JPBB Miri Hantar 1,200kg Bekalan Makanan Melalui Udara
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah melancarkan misi penghantaran bantuan makanan melalui udara kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di pedalaman Miri pada Isnin melibatkan sebuah helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways.
GoPro Hero4 Session lebih kecil tetapi sama lasak
Model baru kamera GoPro, Hero4 Session adalah 50% lebih kecil & 40% lebih ringan dengan kualiti rakaman yang sama.