Mesyuarat pertama Exco kerajaan Kedah yang berlangsung semalam membuat keputusan untuk menggantung sementara tugas 1,900 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diambil sementara menunggu arahan lanjut dan terperinci daripada kerajaan pusat berhubung perkara itu.
"Kita belum mendapat arahan secara terperinci, apa juga keputusan dibuat di peringkat persekutuan akan kita laksanakan di Kedah ini dan tujuannya adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa campur tangan politik.
"Kita nak elak masalah yang timbul atas sebab JKKK yang terlampau berpolitik sehinggakan ada setengah pihak di kampung yang terabai kebajikannya kerana tidak menyokong kerajaan pada ketika itu.
"Jadi kita ambil pendirian siapa juga layak terima bantuan wajib kita beri perhatian dan bantu tak kira kecenderungan politik," katanya selepas menyampaikan amanat pada program Bicara Integriti hari ini.
Mukhriz berkata kebanyakan daripada anggota JKKK di Kedah merupakan ketua Cawangan UMNO.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan pegawai daerah dan penghulu mengenai kaedah terbaru untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada pihak yang memerlukan dan kaedah penerimaan maklumat daripada semua kawasan untuk diambil tindakan.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dibubarkan.
BACA: SPAD dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan - Tun M
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 3,000 penjawat awam pada program Bicara Integriti di Wisma Darul Aman. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza
Langkah memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan.

ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.

Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.

Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.

Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.

Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.

10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.