Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan 19 ADUN Sabah yang mengangkat sumpah di hadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) 11 Jun lepas adalah melanggar peraturan.
Mereka ialah sembilan daripada UMNO; enam daripada Parti Bersatu Sabah; dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku serta masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UPKO.
Mohd Shafie berkata, "Kita ada peraturan yang perlu dipatuhi... mereka (ADUN pembangkang) boleh angkat sumpah kerana mereka ada hak untuk angkat sumpah.
"Tetapi peraturan mesti ada dan kerajaan negeri serta Yang Dipertua Negeri Sabah perlu dimaklumkan... Bukan datang ke DUN dan terus angkat sumpah serta merta.
"Yang Dipertua Negeri Sabah telah dimaklumkan bahawa jadual persidangan DUN akan diadakan pada 2 Julai ini dan mereka boleh mengangkat sumpah pada masa berkenaan.
"Saya sudah lama dalam parlimen dan saya tahu peraturannya dan ia perlu diikuti... dan perkara ini adalah membimbangkan kita," katanya mengulas tindakan 19 ADUN itu yang tidak menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 11 Jun lepas, tetapi mengangkat sumpah di hadapan speaker keesokannya.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri jemaah Menteri Kabinet Negeri, di sini hari ini, ketua menteri berkata sangat penting untuk pastikan disiplin wujud dalam pentadbiran negeri.
Beliau berkata Sabah kini dipimpin oleh kerajaan baharu dan beberapa perubahan perlu dilakukan untuk memastikan peraturan sedia ada dipatuhi khususnya oleh ADUN daripada parti pembangkang.
"Penting untuk kita pastikan supaya ada disiplin dalam pentadbiran negeri... apa sahaja yang mereka (ADUN pembangkang) lakukan ... kerajaan negeri perlu mengetahuinya dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin juga perlu diberitahu," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 17 2018
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri jemaah Menteri Kabinet Negeri, di sini hari ini, ketua menteri berkata sangat penting untuk pastikan disiplin wujud dalam pentadbiran negeri. - fotoBernama
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Op DUN: SPRM selesai siasat skandal pelombongan di Sabah, serah kepada AGC – Azam Baki
SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berhubung skandal penyelewengan dana awam melibatkan projek pelombongan di Sabah.
Dakwaan rasuah: Siasatan terhadap ADUN Sabah diteruskan, tiada usaha sekat - PM
SPRM telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan yang dikaitkan dengan mereka.
SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
SPRM telah merakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.
Tiga ADUN angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Sabah
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu hari ini.
Empat MP Sabah tidak perlu kosongkan kerusi
Empat ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tiga ADUN angkat sumpah jawatan ahli jemaah menteri Sabah
Ketiga-tiga ADUN berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tun Juhar Mahiruddin dan menandatangani surat sumpah jawatan.
PH Sabah tidak setuju DUN dibubar
PH Sabah mengulangi pendirian mereka yang tidak setuju dan tidak menyokong mana-mana pihak untuk melakukan gerakan tubuh kerajaan baharu melalui pintu belakang.
Politik Sabah: Semua ADUN GRS teguh sokong Hajiji, Ketua Menteri
Semua presiden parti komponen di bawah GRS mengesahkan perkara itu, menegaskan GRS parti politik dengan jumlah ADUN paling banyak.