MELAKA: Sebanyak 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) tidak pernah tidak sehaluan dengan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas BN menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lepas.
Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata malah 10 daripada 21 ADUN yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedang merancang untuk memajukan Melaka di bawah kepimpinan Sulaiman.
"Maka soal dalaman ini tidak timbul yang sering diuar-uarkan di dalam media sosial secara langsung atau tidak secara langsung (oleh mana-mana pihak) yang cemburu atas kejayaan kami dapat menambat hati rakyat pada PRN yang lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.
Ab Rauf menjawab soalan tambahan dikemukakan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) yang mahu tahu adakah cabaran dari segi aspek faktor dalaman yang boleh ditambah baik untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke Melaka.
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia sentiasa memberi sokongan terbaik untuk merealisasikan dasar yang dibuat sekali gus memberi faedah kepada rakyat.
"Itu sebabnya saya tidak melihat isu dalaman ini adalah isu yang amat besar dan teramat dalam... ia tak dalam pun cuma apa yang saya lihat dalam hal ini adalah mereka yang tidak suka akan apa yang kita peroleh selepas PRN lepas.
"Saya menegaskan bahawa prestasi kerajaan negeri yang ada hari ini dengan nilai pelaburan sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh empat bulan (pertama tahun 2022) menunjukkan pelabur datang ke Melaka disebabkan kestabilan kaedah pentadbiran terbaik dibawa ketua menteri," katanya.
Terdahulu, Ab Rauf berkata sebanyak RM3,701,823,477 jumlah pelaburan asing baharu telah diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh tahun 2021 yang telah direkodkan masuk ke Melaka, manakala pelaburan asing suku tahun pertama 2022 pula berjumlah RM2,269,300,146 telah diluluskan MIDA.
"Pelaburan asing baharu ini merupakan pelaburan dalam bidang pembuatan, primer dan juga perkhidmatan yang berjaya menghasilkan 107 peluang pekerjaan pada Oktober hingga Disember 2021 dan 428 peluang pekerjaan bagi tempoh Januari hingga Mac 2022.
"Antara negara yang direkodkan bagi pelaburan asing pada Oktober hingga Disember 2021 adalah dari Jerman, Thailand, Mesir, Singapura, Taipei dan Amerika Syarikat manakala bagi pelaburan asing dari Januari hingga Mac 2022 adalah dari Singapura, Jerman, Taipei, Belanda, China dan Amerika Syarikat," katanya.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) yang bertanya jumlah pelaburan asing baharu yang sudah dimeterai pada PRN Melaka dari November 2021 sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata malah 10 daripada 21 ADUN yang dilantik sebagai Exco sedang merancang untuk memajukan Melaka di bawah kepimpinan Sulaiman. - Gambar fail
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
Wakil dari BN juga dalam senarai Exco - MB Selangor
Amirudin mengesahkan ada wakil daripada ADUN BN akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.
Politik Sabah: Shahelemy bersedia terima tindakan daripada BN
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat bersedia menerima apa saja keputusan sekiranya beliau tidak menyokong keputusan Barisan Nasional (BN).
Ada usaha tarik empat ADUN BN - Saarani
Saarani mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN pada awal pembentukan kerajaan negeri, minggu lalu.
Tiada jaminan ADUN BN sedia ada dicalon semula pada PRU15 - Saarani
Tiada jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) sedia ada di Perak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saa
Raja Perlis tidak mahu menteri besar 'boneka'
Hanya tiga wakil rakyat Pakatan Harapan dan dua wakil rakyat PAS yang hadir.
'Belanjawan Selangor 2017 hanya wayang kulit'
Barisan Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyifatkan Belanjawan 2017 negeri itu sebagai hanya 'wayang kulit'.