KUANTAN: Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
Adnan berkata, kepercayaan memimpin rakyat yang diberikan selama lapan penggal telah melayakkan beliau mentadbir negeri apabila diberi mandat sebagai Menteri Besar Pahang selama 19 tahun.
"Kita semua sedia maklum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan dibubarkan dalam sedikit masa lagi.
"Jadi saya menganggap ini ucapan terakhir dalam dewan sebelum saya bersara sepenuhnya setelah berkhidmat sebagai ADUN selama 36 tahun, dua bulan dan tujuh hari," katanya.
Beliau berucap demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, pada Selasa.
Adnan turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bersama dengannya dalam mentadbir Pahang selama beliau mencurahkan khidmat dan bakti.
Beliau juga mengucap syukur kerana Pahang kini berada di bawah pentadbiran kerajaan yang baik pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam meneruskan legasi untuk membantu rakyat.
“Saya ingin menyatakan bahawa Negeri Pahang bernasib baik mendapat hamba Allah bernama Wan Rosdy, anak (kelahiran) Lipis yang menjadi Menteri Besar.
"Nyata sekali selain pengalaman dan kelayakan, Menteri Besar (Wan Rosdy) ini mempunyai 'temperament' (perangai) yang baik maknanya tidak beremosi, tidak marah, tidak mudah excited (teruja) macam sesetengah orang,” katanya.
Beliau berharap agar Wan Rosdy dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang selain dapat menambah baik serta melakukan pembangunan baharu dibantu oleh kepimpinan negeri.
“Saya percaya, Wan Rosdy akan dapat mengemudi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ini dan Insya-Allah dapat membentuk Kerajaan Negeri Pahang,” ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Oct 12 2022
Adnan berkata, kepercayaan memimpin rakyat yang diberikan selama lapan penggal telah melayakkan beliau mentadbir negeri apabila diberi mandat sebagai Menteri Besar Pahang selama 19 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pesawat terhempas di Elmina: Johari tegas, komited dan prihatin rakyat
Keperibadiannya menjadikan ADUN Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai.
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.