IPOH: UMNO Perak telah mengenal pasti lebih 50 ahli yang mensabotaj calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan parti itu kalah teruk di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata semua nama mereka telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan selanjutnya.
Katanya, sebahagian mereka sudah dikenakan tindakan termasuk dipecat.
"Walaupun mereka bukan menjadi calon atau pencadang kepada calon pembangkang, tetapi mereka ini telah berkempen untuk pembangkang, seperti berceramah dan membawa bendera.
"Kita dapat laporan, kita hantar laporan itu kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin dan sebahagian daripadanya telahpun dipecat.
"Saya ingat daripada larut ada 17 orang yang dipecat dan beberapa tempat lain, memang sudahpun dipecat. Yang lainnya kita tunggu, sebab ramai, tunggu sehingga jawatankuasa pengurusan parti mengumumkan siapa yang dipecat," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di Ipoh, pada Ahad.
Ketika berucap sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong, pada Sabtu, Saarani berkata, tindakan sabotaj sesama sendiri dikenal pasti antara faktor utama kekalahan teruk UMNO di Perak semasa PRU15 lalu.
Menurutnya, dapatan tersebut diperoleh menerusi laporan bedah siasat yang dilakukan apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu menguasai sembilan daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 19 2023

Saarani berkata semua nama mereka telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan selanjutnya. - Gambar fail
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.

50 ahli UMNO Perak dikenal pasti sabotaj parti
UMNO Perak telah mengenal pasti lebih 50 ahli yang mensabotaj calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan parti itu kalah teruk di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemilihan UMNO: Jangan londehkan sesama sendiri - Saarani
Semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian di Perak diingatkan supaya bertanding secara sihat.

UMNO Perak belum buat pendirian pertandingan Presiden, Timbalan Presiden
Perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dijadualkan 8 Jan ini.

PRU15: UMNO Perak tidak gusar berdepan 'calon heavyweight' Bagan Datuk, Pasir Salak - Mohd Zolkafly
Ini kerana, UMNO dan parti komponen lain dalam BN di Perak diyakini mempunyai kekuatan tersendiri.

PRU15: UMNO Perak cadang Aminuddin Md Hanafiah tanding Parlimen Tambun
UMNO Perak telah mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: UMNO Perak terima senarai 126 calon
UMNO Perak telah menerima senarai 126 calon untuk dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata beliau sebaliknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan itu.

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.