SHAH ALAM: Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang Rabu.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, permukiman itu selaras dengan komitmen gabungan parti yang menyatakan hasrat untuk bertindak sebagai pembangkang yang efektif.
“Permukiman Ahli-ahli Dewan Rakyat PN 2023 kini berlangsung selama dua hari.
“Program ini bertepatan dengan komitmen PN untuk menjadi pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi yang menjuarai suara hati rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau turut berharap agar kesemua ahli Parlimen daripada gabungan parti itu akan bertindak sebagai satu pasukan yang berupaya melaksanakan tugas semak dan imbang kepada kerajaan.
“Selamat bertugas kepada semua ahli Parlimen PN. Semoga kita akan bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas semak dan imbang kepada kerajaan,” ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 01 2023

Senarai 74 ahli Parlimen PN yang sedang mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang Rabu. - Sinar Harian

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

74 ahli Parlimen PN adakan permukiman selama dua hari
Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang Rabu.

Permukiman atasi kerenah birokrasi peringkat akar umbi
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, program itu dapat menyelesaikan masalah setempat yang ada antaranya telah berlanjutan bertahun-tahun.