Presiden PAS mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua' yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) partinya di Selangor.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
"Mereka tak dapat, mereka curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita.
"Yang jadi broker, yang jadi barua pun ada.
"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah sebelum pilihanraya untuk setia dengan parti?
"Mana lebih besar bai'ah atau surat akujanji," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.
Abdul Hadi juga berkata PAS tidak pernah berharap untuk mendapat jawatan Menteri Besar Selangor.
"Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan Menteri Besar; PAS tidak pelahap jawatan Menteri Besar.
"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan Menteri Besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya lagi.
Beliau sekali lagi menegaskan PAS tidak bersetuju dengan tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang.
"Langkah Kajang itu yang tidak menyenangkan kita," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengingatkan PKR dan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.
"Kita tak kacau parti rakan, rakan kita jangan kacau parti kita," tegas beliau.
Ahli Parlimen Marang itu juga mengingatkan ahli dan pemimpin PAS supaya tidak membawa agenda pihak lain ke dalam PAS.
Irwan Muhammad Zain
Sat Sep 20 2014

Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang dan ADUN Morib untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid
Beliau mengulas mengenai satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.

Tun M dari kaca mata Hadi
Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini.

DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2015 sebagai tidak beradab.

Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan
Wanita Keadilan membidas dakwaan Presiden PAS yang berpendapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menerajui tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa
Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa mengharamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).