Selepas beberapa Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan senarai calon-calon bertanding, kini giliran BN Sabah mendedahkan senarai calon yang ditawarkan untuk memastikan membawa kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pagi ini.
Menurut penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zaini Othman, berdasarkan 'trend' pengumuman calon-calon BN di beberapa negeri lain di Semenanjung, dijangkakan BN Sabah juga akan mengemukakan beberapa calon muka baharu.
"Saya menjangkakan muka baharu mungkin muncul di DUN Sulabayan dan Bugaya di bawah Parlimen Semporna.
"Muka baharu juga dikhabarkan akan muncul DUN Elopura di bawah Parlimen Sandakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, pertukaran kawasan bertanding beberapa tokoh atau 'heavyweight' tertentu juga berkemungkinan berlaku.
Antaranya Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang dikhabarkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar.
"Abdul Rahman kita boleh kategorikan sebagai kes bertukar tempat. Beliau merupakan penyandang kerusi Parlimen Kota Belud sebelum ini, dikatakan bakal berpindah ke Sepanggar," katanya.
Malah beliau yang juga Setiausaha BN Sabah kerap turun ke kawasan parlimen itu sejak akhir-akhir ini.
Namun persoalan sama ada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan masih jadi tanda tanya.
"Pairin masih berdiam diri. Beliau sebelum ini membayangkan mahu bersara dari politik. Menurutnya kebarangkalian untuk bertanding mempertahankan kerusinya adalah "satu peratus sahaja" selebihnya 99 peratus waktu mahu diluangkan Timbalan Ketua Menteri Sabah itu bersama keluarga dan cucunya," katanya.
Jika Pairin tidak bertanding kemungkinan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bakal bertanding di DUN Tambunan juga tinggi.
Namun lebih penting, Zaini berpandangan adalah kritikal untuk BN Sabah meletakkan calon yang sememangnya diingini oleh pengundi.
"Sebenarnya, BN sudah ada semua maklumat ini. Mereka telah menjalankan kajian dan pemerhatian melalui jentera mereka. Kini terpulang sama ada mereka menggunakan maklumat itu dengan sebaiknya," katanya.
Berbanding negeri-negeri lain, senarai calon BN Sabah diumumkan agak lewat.
Ditanya adakah ia berpunca daripada konflik dalaman katanya, "Macam-macam khabar angin tentang itu, tetapi kalau kita tengok 'trend' nasional, semuanya lambat kali ini."
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijangka bakal mengumumkan keseluruhan senarai calon bertanding untuk 25 kerusi parlimen dan 60 DUN di Bangunan UMNO Sabah jam 9 pagi.
Tan Su Lin
Wed Apr 25 2018
Berbanding negeri-negeri lain, senarai calon BN Sabah diumumkan agak lewat. - Foto Astro AWANI/ Tan Su Lin
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).