KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu menjelaskan sama ada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu masih meletakkan hudud dalam agenda mereka atau sebaliknya, kata Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil.
Muhammad Faiz berkata, pendirian sebenar Pas wajar dijelaskan ekoran dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan media sebelum ini.
"Dakwaan dibuat Muhyiddin itu adalah serius. Adakah nyawa perjuangan PAS kini sudah tiada?" katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Sabtu.
Muhammad Faiz juga berkata sebelum ini beberapa pemimpin utama Pas antaranya Allahyarham Datuk Haron Din yang menegaskan bahawa agenda melaksanakan hudud adalah 'nyawa' bagi parti itu.
Justeru Muhammad Faiz yang juga Adun Permatang Pasir di Pulau Pinang mendesak Abdul Hadi menjelaskan kepada rakyat apakah kompas politik PAS ketika ini.
Katanya dengan apa yang dapat dilihat orang ramai ketika ini Pas ternyata sudah mengubah agenda perjuangan mereka dan Islam bukan lagi dasar yang menjadi panduan gerakan parti berkenaan.
Keadaan itu, kata Muhammad Faiz, berlaku selepas Pas berkawan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah tambah Muhammad Faiz sejak menjadi kerajaan tiada satu pun dasar Islam yang dijadikan agenda negara sama ada melalui kerajaan Muhyiddin atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Jangan jadi seperti Muafakat Nasional yang dikatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang nampak tidak hidup tetapi tidak mati. Hudud bukan zombi," katanya.
Sebelum ini dalam satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Johor Bahru Muhyiddin dilaporkan memberitahu bagaimana Pas kini tidak lagi bercakap mengenai isu "potong-potong" sepanjang tempoh dia menjadi perdana menteri pada 2020.
Astro Awani
Sun Mar 06 2022

Muhammad Faiz berkata sebelum ini beberapa pemimpin utama Pas antaranya Allahyarham Datuk Haron Din menegaskan bahawa agenda melaksanakan hudud adalah 'nyawa' bagi parti itu. - Gambar fail/Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM
Mohamad turut mengumumkan pelantikan Adun Behrang Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Mohd Hasbie lepas tanpa bebas tuduhan gagal maklum polis bantah kenaikan harga barang
Ini berikutan pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Hasbie, 35, yang juga ahli Dewan Negara.

Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil
Katanya, selepas beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, PH sepatutnya meramaikan sekutu untuk bertempur dengan satu musuh.

"Adakah hudud masih agenda perjuangan Pas?" - Muhammad Faiz
Muhammad Faiz berkata, pendirian sebenar Pas wajar dijelaskan ekoran dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan media sebelum ini.

PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil
Adun Permatang Pasir itu menegaskan, khemah besar yang melibatkan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu dimulakan dalam PRN Johor.

Adun Amanah Muhammad Faiz Fadzil nafi tuduhan cabul seorang wanita
Adun Permatang Pasir itu menjelaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang
Jika pada Januari lepas, ramai pemimpin korporat antarabangsa telah mengkritik kerajaan PN secara terbuka di LinkedIn atas kemerosotan negara dalam menarik pelaburan.

Desakan pengeluaran caruman KWSP bukti hidup rakyat semakin tersepit
Setakat akhir Oktober 2020 sahaja, aliran keluar bersih dana asing tahun ini menurut MIDF melonjak ke RM23 bilion berbanding RM11.41 bilion bagi tahun 2019.

Muhyiddin tergugat kerana Pas tidak setia - Faiz Fadzil
Faiz mendakwa biarpun Pas bersetuju menyertai Perikatan Nasional (PN) tetapi parti itu tetap memberi keutamaan kepada Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan bersama UMNO.

Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Faiz menegaskan tindakan DAPSY itu tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain melanggar Perlembagaan Persekutuan.