Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Ismail Kassim yang juga adik kepada Pengerusi UMNO Perlis, Shahidan Kassim mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi.
Memetik laporan New Straits Times (NST), Ismail, 59, mengesahkan menyertai parti pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu malam tadi.
"Ia bukan satu keputusan yang saya buat dalam masa satu malam, saya telah memikirkannya masak-masak selama hampir satu setengah tahun, selepas tidak menjadi anggota mana-mana parti politik.
"Saya bercakap dengan ramai ahli politik yang berpengalaman, antaranya Tun Daim Zainuddin dan beberapa orang lain yang meletakkan pertimbangan kebaikan dan keburukan terhadap apa yang berlaku.
"Jadi, saya membuat keputusan dan sejak hari ini saya secara rasminya menjadi anggota Bersatu," beliau dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum menerima penyertaan daripada ADUN berkenaan.
Bercakap kepada BH Online malam tadi, Marzuki berkata, beliau juga tidak pernah bertemu adik kepada Ahli Parlimen Arau itu bagi tujuan menyertai Bersatu.
"Saya tidak menerima borang permohonan daripada beliau dan saya perlu periksa dengan bahagian keahlian sekiranya dia ada memohon secara dalam talian.
"(Bagaimanapun) sehingga sekarang saya mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan daripada beliau," katanya.
Ismail keluar UMNO pada Jun tahun lalu. Menurutnya, beliau keluar UMNO selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.
Kemasukan Ismail ke dalam Bersatu bermakna parti itu akan mempunyai wakil rakyat pertama di Perlis yang akan bersama-sama tiga lagi ADUN PKR dalam gabungan PH di DUN berkenaan.
PH menguasai empat kerusi dalam DUN Perlis yang memiliki 15 kerusi, manakala Pas menguasai dua kerusi. BN menguasai kerajaan Perlis dengan sembilan kerusi.
Sinar Harian
Mon Aug 05 2019
Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau. - Foto Sinar Harain
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion daripada RM24.86 bilion pagi ini.
FAMA Perlis akan tambah bekalan kelapa hadapi Ramadan
FAMA akan bekerjasama dengan pemain industri untuk memastikan rantaian bekalan kelapa kekal mampan serta dapat memenuhi keperluan pengguna.
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.