SEJAK Khamis (8 Disember 2022), tular mesej dan khabar angin mendakwa 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan meninggalkan parti Semenanjung itu.
Banyak spekulasi timbul berhubung mesej itu termasuk timbulnya desas-desus berkaitan perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditadbir Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN).
Umum mengetahui, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini memimpin pentadbiran kerajaan negeri selaku Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.
Pada Jumaat malam (9 Disember), berlangsung satu pertemuan dalam kalangan ADUN, Ketua Bahagian, kepimpinan dan ahli Bersatu di Kota Kinabalu.
Tular juga gambar mengenai pertemuan itu di media sosial, yang melalui pemerhatian Astro AWANI, telah segera dipadamkan sebaik sahaja kandungannya dipercayai mendapat pelbagai reaksi, sekali gus menimbulkan macam-macam spekulasi.
Hingga pada pagi Sabtu di Kota Kinabalu, satu kenyataan media dikeluarkan Hajiji, sebagai merangkap Ketua Menteri dan pengerusi GRS.
Mereka sebulat suara mengucapkan selamat tinggal kepada parti Semenanjung itu (Bersatu) tetapi berterima kasih kepada Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semua ini dilakukan bekas kepimpinan Bersatu Sabah itu demi Sabah dan rakyat; Sabah untuk Sabahan; Sabah ditadbir parti tempatan; memperjuangkan rakyat dan pembangunan negeri.
Setakat ini, bekas ADUN Bersatu Sabah secara kolektifnya menjadi ahli GRS sebelum menubuhkan sebuah parti tempatan.
MODEL GPS JADI ASAS PANDUAN GRS?
Ia sama seperti apa yang dilakukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) (yang sebelum ini bersama BN) selepas kerajaan Persekutuan dimenangi Pakatan Harapan pada 2018.
Pada waktu itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg ambil tindakan menggembleng parti-parti tempatan di Sarawak untuk bersatu dan menubuhkan GPS - dengan tagline 'intu Sarawak' dan 'Sarawak First'.
Dengan nahkoda baharu GPS itu, Sarawak dilihat 'gah' berani bersuara, kingmaker dan lain-lain lagi, sehingga autonomi Sarawak yang terhakis pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), diberikan sedikit demi sedikit, termasuk cukai jualan produk petroleum.
Melihat kepada sinergi kesatuan parti-parti tempatan Sarawak selain semangat sense of belonging yang tinggi, ini menjadi penggerak GRS - mahu parti-parti tempatan untuk memimpin negeri tercinta, Negeri Di Bawah Bayu.
INTAI PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
Sebaik sahaja keluar, banyak spekulasi yang timbul, antaranya, adakah bekas pemimpin Bersatu ini akan menubuhkan parti baharu atau akan mengambil alih parti tempatan sedia ada?
Prosesnya sudah pasti bukan mudah.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pasti akan mengambil maklum dan meneliti perkara itu.
Penganalisis dan pemerhati politik Sabah pula berbeza. Ada sesetengah pihak yang dapat 'menghidu' satu parti yang diintai, atau menjadi pilihan bekas kepimpinan Bersatu, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
PGRS merupakan parti tempatan yang ditubuhkan pada 2013. Pengasasnya Dr Ationg Tituh dan Presidennya ketika ini ialah Stephen Jimbangan.
"Belum ada lagi rundingan rasmi antara kami (PGRS) dan bekas pemimpin Bersatu Sabah itu," katanya yang mengakui ada berbual kedai kopi dengan bekas ahli biasa Bersatu baru-baru ini
Malah, spekulasi itu timbul adalah disebabkan pegawai Setiausaha GRS ada meminta PGRS menghantar semula permohonan (9 Disember) menyertai gabungan itu susulan permohonan pertama pada 8 November 2022 telah 'misplaced'.
Malah, sumber dalaman Bersatu yang dihubungi penulis juga memberi gambaran, rundingan sudah mencapai 80 peratus untuk mengambil alih PGRS.
Sifirnya mudah - mahu memberi pemahaman dan mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat Sabah mengenai PGRS dan perjuangan GRS itu.
Dalam erti kata lain, senang orang Sabah ingat akronim tersebut.
AKTA ANTILOMPAT PARTI, GRS DAN KEDUDUKAN HAJIJI
Situasi yang berlaku ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pentadbiran Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di peringkat Persekutuan.
Sokongan semenangnya berpihak kepada Anwar, termasuk blok Borneo (GPS 22 kerusi; GRS enam kerusi; Warisan tiga kerusi; PKDM dua kerusi dan Bebas satu kerusi).
Tetapi timbul juga persoalan keabsahan empat bekas ahli Bersatu yang bertanding atas tiket GRS.
Adakah perlu dikosongkan atau sebaliknya?
Malah, dua daripada mereka turut terpilih dalam Kabinet jemaah menteri PMX ini. Seorang menteri dan seorang lagi timbalan menteri.
Peguam Undang-Undang Perlembagaan Sabah, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad menjelaskan, empat bekas ahli parlimen GRS itu tidak melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan serta tidak akan kehilangan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Justifikasi mudahnya ialah, mereka tidak bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) mahupun Bersatu.
Sementara itu, tindakan 15 ADUN keluar Bersatu dan secara automatik menjadi ahli GRS tidak memberi impak kepada kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.
GRS-BN setakat ini mempunyai 41 ADUN dan enam ADUN dilantik, menjadikannya 47 sokongan.
Manakala Pakatan Harapan (tujuh ADUN); PKDM (tiga ADUN); Harapan Rakyat (satu ADUN) serta tiga calon Bebas menyatakan sokongan kepada Hajiji, menjadikan 61 sokongan di DUN Sabah.
Untuk makluman, Akta Antilompat Parti belum dibentang dan digazetkan di DUN Sabah.
Assim Hassan
Mon Dec 12 2022

Tindakan 15 ADUN keluar Bersatu dan secara automatik menjadi ahli GRS tidak memberi impak kepada kedudukan Hajiji (gambar) sebagai Ketua Menteri Sabah. - Gambar fail BERNAMA

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

ADUN Bersatu Sabah keluar parti: Apa yang kita tahu setakat ini
Banyak spekulasi timbul mengenai mesej itu, termasuk perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditadbir GRS-BN.

PRU15: Tidak mustahil GRS-BN menang 15 kerusi Parlimen di Sabah - Bung Moktar
Tidak mustahil untuk BN dan rakan kerjasamanya GRS memenangi 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU15 ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

PRU15: Jentera GRS-BN Kinabatangan perhebat kempen dekati pengundi
Gerak kerja kempen GRS-BN sepanjang minggu berkempen yang kini memasuki hari kelapan dilihat berjalan lancar.

PRU15: Hajiji beri jaminan tiada pertembungan calon antara GRS-BN
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan tiada pertembungan calon antara gabungan itu dan Barisan Nasional (BN).

PRU15: Adat berparti memang semua mahu bertanding, nanti kita akan berbincang - Bung
Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerajaan GRS-BN teruskan Program Pantas percepat pengeluaran geran tanah NT
Kerajaan GRS-BN meneruskan Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas), bagi menyelesaikan kerja-kerja pengukuran tanah adat negeri (NCR) di Sabah.

Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN ditubuhkan
Satu jawatankuasa kerjasama solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - Barisan Nasional (BN) ditubuhkan bagi menyatukan parti-parti dalam gabungan itu dan BN.

Ketua Menteri setuju kerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN
Beliau bersetuju dengan cadangan Bung Moktar baru-baru ini untuk merujuk kerajaan Sabah sebagai GRS-BN.