Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengetengahkan 10 kelemahan besar yang gagal ditangani kerajaan negeri, termasuk kegagalan mengurus industri air, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Selasa.
Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mewakili kesemua 11 ADUN BN berkata isu air masih membelenggu rakyat Selangor meskipun kerajaan sedia ada yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negeri ini selama 10 tahun, dengan krisis air terbaru menjejaskan hampir 2.5 juta pengguna di Selangor dan Lembah Klang.
"Malah kegagalan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) oleh kerajaan Selangor sehingga kini terus menghantui rakyat negeri ini.
"Lebih getir lagi ia bakal merencatkan kemajuan negeri kerana 761 projek pembangunan terpaksa ditangguh kerana tiada bekalan air," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam DUN Selangor ke-13 oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilaporkan berkata krisis bekalan air yang berlaku selama seminggu di Selangor serta Lembah Klang bermula 6 Mac lepas telah menjejaskan kehidupan sekitar 2.5 juta orang pengguna.
Ongkili berkata angka tersebut menggambarkan betapa seriusnya krisis air di Selangor yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja sekiranya berlaku penutupan sementara loji rawatan air atau kerosakan paip agihan.
Mat Nadzari yang merupakan ADUN Batang Kali berkata selain isu air, isu kegagalan kerajaan negeri memartabatkan bidang pendidikan dan institusi Islam turut akan dibawa ke sidang dewan untuk dibahaskan.
Katanya ini kerana Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh telah dua kali menolak usul yang dibawa ADUN BN Selangor untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah di negeri ini daripada dibahaskan, dan ini menyebabkan pihaknya berasa sangsi dengan komitmen parti yang memerintah negeri untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi negeri.
Selain itu, beliau berkata BN Selangor juga akan mengetengahkan isu kegagalan kerajaan negeri melunaskan janji-janji membina rumah mampu milik mencukupi termasuk yang terbaru membatalkan sembilan buah projek Rumah Selangorku yang berkemungkinan ada kaitan dengan kekurangan bekalan air.
"Di samping itu, kita akan dedahkan kegagalan kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus baik dalam pentadbiran negeri, selain kegagalan menyelesaikan masalah sampah dan denggi di mana Selangor kini masih 'juara' dalam kes demam denggi di negara ini yang amat berisiko sehingga membawa kematian.
“Isu lain yang akan BN Selangor ketengahkan dalam sidang DUN adalah ketiadaan inisiatif merealisasikan fungsi anak syarikat kerajaan negeri, kegagalan kerajaan negeri menurunkan kos sara hidup rakyat, kegagalan kerajaan negeri membangun dan menguruskan hal ehwal belia, sukan dan kebudayaan negeri serta kegagalan menangani masalah sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Mat Nadzari berkata, BN Selangor juga akan mengetengahkan isu kegagalan kerajaan negeri melunaskan janji-janji membina rumah mampu milik mencukupi.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.