KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Rakyat (KDM) Datuk Juil Nuatim mengesahkan keluar parti dan menyokong kerajaan negeri Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu memberitahu media, hasratnya itu sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu.
"Saya dan (Presiden KDM) Datuk Peter Anthony tidak ada masalah. Kami adik-beradik dan dia faham.
"Cuma, Limbahau akan terus tertinggal dari segi pembangunan tanpa sebarang peruntukan. Lebih baik bersama-sama dengan kerajaan dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.
"Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mahu menyerap KDM dan itu tidak mengapa," katanya hari ini.
Enggan menyatakan jumlah sebenar, beliau berkata semua ketua bahagian dan ahli jawatankuasa bahagian KDM Papar akan menyertainya sebagai ahli bebas.
Tambah Juil jawatannya dalam KDM mungkin boleh digantikan oleh anak Peter.
Kini KDM yang tinggal sebagai ADUN ialah, Peter (Melalap) dan Datuk Wetrom Bahanda (Bandau).
Mirlen Axtius
Sun May 21 2023
Datuk Juil Nuatim mendakwa semua ketua bahagian dan ahli jawatankuasa bahagian KDM Papar akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti dan menyokong kerajaan GRS. - Astro AWANI
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengesahkan hasratnya sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu
PRU15: GRS akan bertindak, kaji dakwaan ADUN Kemabong sokong calon Bebas
GRS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Datuk Rubin Balang sekiranya ADUN Kemabong itu secara terang-terangan menyokong calon Bebas yang juga ahli Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.
PRU15: Langgar syarat, GRS perlu ambil tindakan disiplin ke atas Rubin Balang - Bung Moktar
Datuk Seri Hajiji Noor diminta mengambil tindakan disiplin terhadap Datuk Rubin Balang yang didakwa melanggar syarat perjanjian GRS-BN pada PRU15.
PRU15: Penyokong KDM jangan emosi - Peter Anthony
Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony meminta semua penyokong parti supaya bersabar dan jangan terlalu emosi kerana pencalonannya ditolak ketika proses penamaan.
PRU15: Penolakan calon KDM punca kecoh di Tenom - Polis
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang dan tidak beremosi dengan kejadian itu.