Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini, mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Hasnul Zulkarnain berkata beliau telah menyerahkan nombor kad keahliannya sebagai tanda diterima menjadi sebahagian daripada parti itu kepada Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di pejabatnya, di Parlimen hari ini.
"Saya telah menghantar borang lewat Mei lepas sebelum disahkan keahlian yang bernombor 00448606 dalam parti itu pada 3 Jun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 9 Mac lepas, Hasnul Zulkarnain daripada Amanah bersama ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A.Sivasubramaniam kedua-duanya daripada DAP mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Beliau merupakan ADUN ketiga menyertai Bersatu selepas ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan ADUN Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Pada 9 Mac, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional (PN) Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 ADUN bagi membentuk kerajaan baharu, termasuk Nolee Ashilin (daripada Bebas) dan Abdul Yunus (daripada PKR) yang membuat keputusan menyertai Bersatu.
Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain berkata tindakan beliau menyertai Bersatu kerana melihat kesungguhan dan kepimpinan Muhyiddin dalam menerajui parti itu.
"Saya memilih untuk bersama Bersatu atas sebab parti itu yang menggabungkan kerjasama parti Melayu-Islam dan melihat kesungguhan Presiden parti membawa budaya politik baru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menyentuh mengenai penerimaan rakyat di Titi Serong, Hasnul Zulkarnain berkata tindakan beliau menyertai Bersatu juga kerana mahu terus berkhidmat dan memajukan kawasan itu, lebih-lebih lagi dari aspek pembangunan.
"Alhamdulillah, setakat ini, saya telah memberi khidmat sewajarnya sebagai ADUN kerana sebelum ini DUN Titi Serong sedikit ketinggalan daripada arus pembangunan ketika di bawah wakil rakyat pembangkang. Mereka (rakyat Titi Serong) menerima keputusan saya memilih Bersatu dengan positif," katanya.
Ini menjadikan Perak kini mempunyai 59 kerusi DUN dan 33 daripadanya dikuasai Perikatan Nasional, terdiri daripada 25 kerusi BN yang kesemuanya diwakili UMNO, Bersatu (lima) dan PAS (tiga) sementara DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (satu) serta Gerakan (satu).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 29 2020

ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini, mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar fail/BERNAMA

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.

KPDN Kedah tawar 36,000 insentif e-dompet di Bazar Ramadan Rahmah
KPDN Kedah menawarkan 36,000 insentif e-dompet untuk direbut pengunjung di enam lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025 di seluruh negeri.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.
LHDN kutip peningkatan hasil RM1.46 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan memperbaiki tata kelola, mempertahankan semangat dan disiplin serta memperkenalkan instrumen baharu seperti e-Invoice, hasil negara akan melonjak tinggi.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.

Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, kekurangan keterlibatan wanita pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Tiga Adun itu ialah ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong, Adun Titi Serong (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Adun Buntong (DAP), A.Sivasubramaniam.