GEORGE TOWN: Agenda 30 peratus perwakilan wanita untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang bakal dibawa oleh Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang membuka tirainya esok.
Naib Ketuanya Datuk Norliza Abd Rahim berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina.
"Pada PRN Johor baru-baru ini, kita dapat lihat sendiri bahawa kita menang hampir semua kerusi yang ditandingi Wanita UMNO.
"Ini agenda yang kita akan bawa dari semua negeri agar calon-calon wanita diberi keutamaan dan diletakkan di tempat-tempat yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Back to School 2022 anjuran UDA Holdings Bhd di sini hari ini.
Norliza yang juga pengerusi UDA Holdings berkata keputusan PRN Johor perlu diambil kira dalam strategi parti untuk PRU akan datang kerana ia menunjukkan rakyat mengiktiraf kemampuan wanita untuk menjadi pemimpin.
"Sudah sampai masanya wanita-wanita yang mempunyai kelebihan diberi tempat dan saya rasa pucuk pimpinan sudah mula sedar bahawa peluang kemenangan itu cerah apabila meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Naib Ketuanya Datuk Norliza Abd Rahim berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina. - Foto Sinar Harian

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.

PRK Mahkota: Wanita UMNO setuju calon pilihan parti, fokus kemenangan BN
Noraini jamin pihaknya akan membantu kempen termasuk penglibatan jentera dari negeri lain bagi memastikan kemenangan parti pada 28 Sept ini.

PRK DUN Mahkota: Calon BN pasti diterima pengundi - Zambry
Calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pasti merupakan calon yang dapat diterima oleh pengundi kawasan berkenaan.

PRK DUN Mahkota: Wanita UMNO serah tiga nama - Noraini
Wanita UMNO menyerahkan tiga nama kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan menjadi calon bagi PRK DUN Mahkota di Johor.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun ke-74 kepada Wanita UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-74 buat Wanita UMNO.

DUN Mahkota: Pemilihan calon akan diputuskan pemimpin peringkat nasional - Mohamad
Keputusan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diputuskan pemimpin parti di peringkat nasional, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.

Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.

Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman antara pemimpin wanita disegani dalam pentadbiran negara dan politik.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.