JEMPOL: Pemuda UMNO Jempol kecewa dengan tindakan pegawai kepada seorang pemimpin bahagian berkenaan yang didakwa menampar seorang ahli akar umbi parti itu pada Ahad.
Kejadian dipercayai berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di sebuah hotel di sini sebelum satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bahau.
Ketua Pemuda UMNO Jempol, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tindakan individu tersebut dipercayai dilakukan selepas tidak berpuas hati dengan ucapan ahli berkenaan semasa persidangan pagi tadi.
"Kami dengan sekeras-kerasnya menolak politik samseng seperti yang ditunjukkan oleh pegawai berkenaan.
"Kami mendesak agar pegawai tersebut dipecat serta-merta dan perlu meletakkan jawatan dalam jawatankuasa bahagian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Zaidy yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan berkata, dengan status kepada pemimpin bahagian sudah semestinya tindak-tanduk pegawai berkenaan akan memberi cerminan tidak baik di mata pengundi di kawasan ini.
"Apa pun, Pemuda UMNO Jempol ingin memberi jaminan bahawa kami akan sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara ahli akar umbi dan sama sekali menolak politik samseng seperti itu.
"Malah, Presiden dan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan sentiasa terbuka serta menerima apa sahaja pandangan ahli akar umbi asalkan ia adalah demi kepentingan UMNO secara keseluruhannya.
"Sifat terbuka pemimpin nombor satu dan dua UMNO itu wajar dijadikan contoh kerana mereka tidak pernah menekan ahli parti sebaliknya sentiasa menggalakkan ahli akar umbi untuk bersuara serta memberi apa jua pandangan untuk parti," katanya.
Oleh itu, katanya, teruslah bersuara kerana UMNO adalah sebuah parti keramat yang ditubuhkan melalui suara rakyat secara keseluruhannya.
"Sama-samalah kita menolak sesiapa sahaja di dalam parti yang mendukung amalan politik tidak matang seperti ini demi memastikan UMNO terus kekal menjadi pilihan rakyat dari dulu, kini dan selamanya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan dibuat ahli Pemuda itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Perintah untuk menyiasat (OTI) akan dimohon daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk teruskan siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 16 2022
Mohd Zaidy (empat dari kiri) di hadapan Balai Polis Bahau selepas menemani ahli Pemuda UMNO Jempol yang membuat laporan polis berhubung kes berkenaan. -Foto Sinar Harian
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Ahli ditampar, Pemuda UMNO Jempol lapor polis
Kejadian dipercayai berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di sebuah hotel di sini sebelum satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bahau.