KUALA LUMPUR:Kesemua 11 ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) memfailkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu disahkan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar kepada Astro AWANI pada petang Jumaat.
“Semua ahli Parlimen Amanah failkan usul tersebut. Kita selesaikan semuanya petang tadi,” katanya.
Kenyataan terbaru itu juga menunjukkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut sama ikut serta memfailkan usul tersebut.
Setakat jam 10 pagi pada Jumaat, seramai empat ahli Parlimen daripada blok bebas telah mengemukakan surat berkaitan usul tersebut.
Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Kesemua mereka adalah pengasas Parti Pejuang Tanah Airku (Pejuang).
Rabu lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar usul yang dibawa Dr Mahathir perlu dikemukakan di Dewan Rakyat.
Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Azhar Azizan pada 25 September lalu.
Ridauddin Daud
Fri Oct 16 2020

Selain Mahfuz, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut sama ikut serta memfailkan usul tersebut. - Gambar fail

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah
Kesemua usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan yang hadir.

Ada Ahli Parlimen yang masih tidak faham perjalanan Dewan Rakyat - Sivamurugan
Jadikan Dewan Rakyat sebagai medan percambahan pemikiran dan idea yang dapat meningkatkan perubahan dari sudut kesejahteraan rakyat.

Usul ditolak, kerajaan dan PM masih tidak terjejas - Penganalisis
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, perkara seperti yang terjadi di Dewan Rakyat pada Rabu itu sepatutnya tidak berlaku.

Usul banjir dikemuka di Dewan Rakyat
Tan Sri Azhar Azizan Harun menerima usul mengenai banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di ibu negara semalam, dan bersetuju agar isu itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ismail Sabri ucap selamat bersidang kepada perwakilan UMNO bahagian
Perdana Menteri hari ini mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang menghadiri 191 Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara.

Amanah kemuka usul gesa Speaker Dewan Rakyat letak jawatan
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata usul itu dikemukakan berdasarkan kepada tindakan Azhar semasa mengendalikan sidang khas Dewan Rakyat antara 26 hingga 29 Julai lalu.

Anwar kemuka usul bahas isu COVID-19, darurat di Dewan Rakyat
Anwar turut mahu segala hal berkaitan pandemik COVID-19, vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.

Annuar garis empat 'keanehan' ketika PAU 2020
Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menggariskan sekurang-kurangnya empat "keanehan" yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 bulan lalu.

Usul putus kerjasama politik: Bersatu hormat pendirian UMNO - Mohd Rafiq
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghormati sebarang keputusan dibuat UMNO termasuk penolakan kerjasama dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pelantikan Abdul Manaf bukan imbuhan - MB Perak
Selain sebagai salah seorang wakil rakyat yang senior, Abdul Manaf juga mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor korporat sebagai bekas Ahli Lembaga Pengarah TNB.