KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.
"Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong YAB Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Iskandar Dzulkarnain berkata beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.
Biarpun mungkin berdepan risiko tindakan disiplin oleh parti, Iskandar Dzulkarnain berkata beliau tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.
"Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga Pilihan Raya Umum yang seterusnya," katanya.
Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lepas menyaksikan Iskandar Dzulkarnian menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan mendapat 14,380 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Maslin Sham Razman yang menerima 10,814 undi dan Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Pakatan Harapan (10,356 undi) serta calon GTA Dr Yusmalia Mohamad Yusof (204 undi).
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu pernah menjadi setiausaha politik Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini. - Foto Sinar Harian
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Sokong PM: Ahli Parlimen Kuala Kangsar dedah sudah terima peruntukan
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengakui beliau sudah mula menerima peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan.
Dakwaan berniat jahat, burukkan imej SPRM - Azam Baki
SPRM tidak terlibat dalam tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Tiada pertemuan, panggilan telefon antara PM dan MP Kuala Kangsar - TPM Zahid
Sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kepada Kerajaan Perpaduan adalah atas pilihan peribadi.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.
Mira Filzah kahwin Oktober ini?
Aktres jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
Mastura, Budiman angkat sumpah Ahli Parlimen
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sejurus bermulanya Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ke-13.